Thursday 3 October 2013

Keputusan


Sabah Map Guide

Ok keputusan dah dibuat. Oleh kerana Mr Hubby pun tiba2 tanya "taknak mintak tukar ke" (ari tu suruh fikir sendiri), Ma pun sangat bersetuju daku mintak tukar, maka dengan ini dengan rasminya daku membuat keputusan untuk bertukar ke Sabah. Jawapan Ma really helps! Sabah, here we come!

Tuesday 1 October 2013

Apakah..???

Confirmed. Mr Hubby is going to Sabah. Very soon. Me? Thinking. Confused. Following or staying? Ohhh the best wedding anniversary gift ever.

Monday 30 September 2013

Bersalin di DEMC Specialist Hospital : Part I

18 Julai 2013

Hari menyerah diri di hospital. Ohh hari ni daku dah tak puasa. Sebab dah tau esok my operation is scheduled at 8am, so mesti malam ni dah tak boleh makan, jadi mari kita makan puas-puas di siang hari ngeheheee...

Sepatutnya Mr Hubby pun cuti hari ni.. Ye lah, nak hantar si kakak & bibiknya ke rumah MA dulu kat PJ, barulah boleh check-in kat hospital. Tapi tiba2 hari ni dia ada sesi exam & interview pulak kat ofis. Terpaksa la daku je yang balik PJ dulu pagi ni, tengahari karang baru Mr Hubby balik amik daku bawak ke hospital..

Dalam pukul 3 lebih camtu kami ke hospital untuk check-in. Dah beli maggi, roti, and instant coffee buat bekalan sahur Mr Hubby 2-3 hari kat hospital. Kalau untuk buka puasa tu boleh la order room service, time sahur mana nak ada room service pukul 3-4 pagi kan..

Actually kami dah tempah bilik single masa pre-admission minggu lepas. Tapi masa admission diorang bagitau bilik single semua dah penuh sebab tiba2 ramai pulak yang beranak hehehee... Oleh kerana bilik single biasa dah penuh, DEMC upgrade bilik kami kepada suite! Ok jom kita tengok macamana rupa paras bilik suite yg daku dapat hari tu.. Ada satu ruang tamu, satu bilik pesakit (daku la tu), dan satu bilik peneman (untuk Mr Hubby).

Ruang tamu
Ruang bilik pesakit
Pemandangan bilik pesakit dari ruang tamu
Bilik peneman pesakit

How nice, kan? Rezeki anak sungguh =) Sebab dah sign pre-admission last week, kami cuma perlu bayar harga bilik single biasa walaupun dapat biilik suite. The better of DEMC. Compared to KPJ, if bilik single penuh, kita duduk la bilik double or quadruple. If upgrade ward, bayar la ikut rate sebenar ward yg upgraded itu...

Malam pertama, call Ma to make sure that Hani is ok. 2-3 minggu ni dah banyak kali ingatkan dia yang Mama kena tidur hospital dengan Papa, & dia kena tidur dengan Nenek & Atuk Aji kat PJ. Selama ni dia tak pernah tidur tanpa Mama, risau jugak kot tengah2 malam buat hal nak Mama pulak...  Tapi Alhamdulillah, dia ok je tidur dengan Nenek & Atuk kat PJ masa Mama & Papa stay hospital. Good girl, Hani! :)


-


-


-


-


-


-


-


-


To be continued....... PART II

Friday 21 June 2013

4 minggu lagi...



Dup.. Dap.. Dup.. Dap...

Tinggal 4 minggu je lagi, insyaAllah, nak jumpa adik Hani :) 19th July will be the day, as I chose for elective c-section. Ingat nak pilih 23 Julai jer, biar tarikh selepas birthday kakaknya, tapi Dr Fairuz kata lambat sangat pulak sebab dah masuk 39 minggu masa tu... Takpe lah, 2 hari awal, adik jadi birthday present untuk Kakak Sarah ;)

Last check-up alhamdulillah adik dah naik berat jadi 2.1kg. Last 3 weeks he's only 1.2kg. Risau jugak takut baby nanti tak cukup berat masa lahir kang tak pasal-pasal kena duduk lama dalam inkubator.. Cumanya adik ni agak selesa berada di atas, tak pusing-pusing pun ke bawah. Scan last 3 weeks pun melintang, scan baru ni pun still melintang lagi. Dr Fairuz kata, "Baby ni tau ni mama dia nak c-sect, sebab tu dia tak pusing ke bawah, senang nak operate nanti". Hmm.. Maybe jugak.. Pandai anak mama ni :)

Tuesday 11 June 2013

Happy birthday, Mr Hubby ♥♥♥


Hasil tangan anak daraku sorang :) Patutnya Hani kena bagi Papa hari ni, tapi sebab ada benda yang buat dia merajuk, terpaksa pujuk dia suruh bagi terus kat Papa... So ter'advance' lah sikit Papa dapat kad birthday tahun ni yer...

Happy birthday, my love. Mama, Kakak Sarah, & Adik ♥ u till Jannah forever & ever...

Wednesday 29 May 2013

Adik Hani @ 30 weeks


Alhamdulillah, my first antenatal @ DEMC went well yesterday. Ok la, gi awal kan, so dapat la jadi patient pertama Dr Fairuz. By 10++am dah settle semua dah. Cumanya, agak jauh la nak pegi check-up sekarang memandangkan dah duduk Putrajaya huhuu...

Hari ni dah masuk minggu ke-31, 7 minggu lagi.. InsyaAllah.


Friday 10 May 2013

Decisions Made

Remember my dilemma? Ok now I think I've made up my mind.

Oleh kerana my previous gynae dah tak practice lagi di KPJ Selangor, maka adalah dengan ini most probably I'll go to DEMC for delivery. Try je lah. Dah survey kos di mana-mana pun hampir sama je.. So kita pilih hospital yang baru..! Yeay..!

My 2nd decision is to go for c-sect. Nak try VBAC takut tak lepas lagi. Dah dapat 2 kali sakit, lepas tu kos pulak berganda2. No.. No.. No..

Thursday 18 April 2013

Checklists.. checklists...

3 bulan setengah je lagi tinggal In-sya-Allah.. Dah kena buat checklist apa-apa yang kena prepare...

  1. Bukak kotak baju-baju lama Hani - kira, basuh & iron baju2 baby
  2. Balik PJ amik Spectra 3 ku - hantar servis
  3. Balik PJ cari balik botol2 storage breastmilk (kalau ada?) - basuh & sterilise
  4. Cari balik ice packs lama (kalau jumpa) - kalau tak jumpa kena beli baru huhuu
  5. Survey & beli breastmilk storage bags
  6. Survey & beli nursing bras
  7. Survey kat mana boleh tempah or beli nursing kurung yang cantik - walaupun dalam pantang kena la melawa jugak di hari raya kan ;)
  8. Survey & beli set tilam baby
Hmm... Apa lagi ek..?

Tuesday 9 April 2013

Dilema nak bersalin...

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik dah 23 minggu usia adik Hani dalam kandungan ni. Sedang aktif ber'somersault' dalam perut Mama nih. Sampaikan doktor scan nak ukur tulang peha pun susah sebab tak berhenti bergerak =)

Sekarang buat pregnancy check-up di klinik panel Hubby je.. Tapi not for long la tak lama lagi dah kena start refer ke hospital tempat nak bersalin pulak.. Tu yang tak decide lagi tu.

Ikutkan hati nak continue dengan my previous Obgyn kat KPJ Shah Alam. Senang sebab dah ada history kat situ kan. Tapi, doktor tu pulak yang bercuti panjang sejak tahun lepas sampai sekarang tak balik2 lagi.. Kalau setakat continue kat KPJ tapi kena jumpa doktor lain, ada baiknya terus try hospital lain je.

Next option is Columbia Asia Cheras. Baru, so equipment pun baru, segala2 baru lah..! Baca pengalaman orang pun macam ok kat sini.. Tapi, bila fikir nak kena hantar Hani ke rumah Nenek di PJ, then nak kena patah balik ke Cheras, hmm macam jauh la pulak... Kalau terus dari Putrajaya dah ok dah tu...


Ada pulak option ketiga sekarang ni. DEMC. Pun menarik jugak sebab baru berpindah je bangunan baru dengan segala kelengkapan yang baru kan. Doktor muslimah pun ramai kat sini. Kalau nak datang dari PJ pun tak la jauh sangat... Atuk Nenek nak bawak Hani datang tengok adik nanti pun senang...



Hmm.. Nak pilih hospital bersalin pun tak dapat nak buat keputusan lagi. Now bila dah dekat ni time to think about how to deliver pulak. Sebab Kakak Hani dulu c-sect, so tengah mencongak2 ni either nak terus c-sect or nak try VBAC (vaginal birth after caesarian).

Memandangkan pengalaman 4 tahun yg lalu yang mengambil masa lebih 10 jam in labor + fetal distressed sudah = tiba2 kena operate jugak, ikutkan hati nak terus opt for c-sect je.. Tapi, nowadays VBAC is another good option to try. Tapi, nak try tuuuu...... Kot lepas, ok la, kot tak lepas jugak, emergency c-sect lagi aduuuu.....

Anyway, semoga Allah tunjukkan the best option for me bila tiba masanya nanti. InsyaAllah...

Monday 25 March 2013

The Northam All Suites Penang

Hai...! Kesinambungan dari my last post, this was where we stayed during our vacation to Penang. The Northam All Suites. Oleh kerana buat last minute decision, so bila nak booking tu hanya tinggal deluxe suite sahaja (yang murah sket dah full huhuhuuu...). Tapi... ok lah. Berbaloi kot dengan harga. The room was so spacious. Kiranya kalau anak ramai pun boleh lah amik 1 bilik je sebab ruang kat depan tu sangat la luas. Jangan lupa bawak toto ye ;)

Ok jom tengok gambar :)
The entrance. Sliding door kayu bertentangan cermin tu adalah washroom untuk tetamu.
The living hall.
The dining + working area.
Pemandangan pesisiran Selat Melaka dari tingkap bilik.
The bedroom.
Two sides of dressing area (gambar atas & bawah). Pintu kaca tu adalah toilet ye. Sebelah lagi adalah shower area.
Macam biasa anak dara sorang ni suka sangat ada bath-tub. Tu tak sabar nak masuk la tu.
(Actually ni jacuzzi)
-



-



-



-



-



-



-



-



-




Cakkkk...!



Friday 22 March 2013

Cuti-cuti Pulau Pinang

Hohohooo... Hampir 4 bulan tak menjengah blog ni. Mengumpul kerajinan nak meng'update' hihihii...

Ni episod bercuti ke Pulau Pinang - just before daku kena operate bisul. Hahaa sebab tu lah tak update2... Around November 2012 nih. Saja2 nak berjalan2 sambil melawat sahabat handai di utara sinun :)

Oleh kerana dah lama berlalu, malas nak citer banyak. So... post gambar je bole..? ;)

Hari perjalanan - persinggahan di rumah Shue. Best dapat jumpa geng utara yg dah lama tak jumpa :)

Hari kedua - Plan asal nak ke Bukit Bendera. Tup-tup tutup pulak... Ish... Bukan selalu nak datang Penang kan.. Takpe, try esok lah.. So kami tukar haluan ke Rumah P. Ramlee la pulak... Nasib free je, sebab actually bukan ada apa sangat pun, just rumah kelahiran Allahyarham P. Ramlee (rumah kelahiran je, P. Ramlee tak membesar di sini pun..) & galeri mini yg mempamerkan sedikit gambar-gambar dan barang-barang yang pernah beliau gunakan. If you want to know better about him, Rumah P. Ramlee in Setapak is the place. Gambar lagi...
Rumah kayu kat belakang tu lah rumah kelahiran Allahyarhan P. Ramlee

Hari ketiga - Sepatutnya pagi-pagi lagi nak gerak balik, tapi memandangkan plan nak ke Bukit Bendera semalam dah gagal, kita cuba lagi hari ni. BismilLahirRahmaanirRahiim... Fuh..! Alhamdulillah hari ni bukak. Rezeki anak Mama :) Tapi yang beraturnya dah panjang huhuhuuu....
Sesi beratur nak tunggu naik tren pulak setelah berjaya membeli tiket

Dalam tren. Now tren dah kaler biru dulu time Mama kecik tren kaler merah.
Nama Sultan Kelantan di atas Bukit Bendera
Hani watching the view of Penang town up from Bukit Bendera
Ada Owl Museum. Ermm... Tak berbaloi. Setakat replika je semua. Bukan burung hantu betul pun.
Until then...