Thursday 18 April 2013

Checklists.. checklists...

3 bulan setengah je lagi tinggal In-sya-Allah.. Dah kena buat checklist apa-apa yang kena prepare...

  1. Bukak kotak baju-baju lama Hani - kira, basuh & iron baju2 baby
  2. Balik PJ amik Spectra 3 ku - hantar servis
  3. Balik PJ cari balik botol2 storage breastmilk (kalau ada?) - basuh & sterilise
  4. Cari balik ice packs lama (kalau jumpa) - kalau tak jumpa kena beli baru huhuu
  5. Survey & beli breastmilk storage bags
  6. Survey & beli nursing bras
  7. Survey kat mana boleh tempah or beli nursing kurung yang cantik - walaupun dalam pantang kena la melawa jugak di hari raya kan ;)
  8. Survey & beli set tilam baby
Hmm... Apa lagi ek..?

Tuesday 9 April 2013

Dilema nak bersalin...

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik dah 23 minggu usia adik Hani dalam kandungan ni. Sedang aktif ber'somersault' dalam perut Mama nih. Sampaikan doktor scan nak ukur tulang peha pun susah sebab tak berhenti bergerak =)

Sekarang buat pregnancy check-up di klinik panel Hubby je.. Tapi not for long la tak lama lagi dah kena start refer ke hospital tempat nak bersalin pulak.. Tu yang tak decide lagi tu.

Ikutkan hati nak continue dengan my previous Obgyn kat KPJ Shah Alam. Senang sebab dah ada history kat situ kan. Tapi, doktor tu pulak yang bercuti panjang sejak tahun lepas sampai sekarang tak balik2 lagi.. Kalau setakat continue kat KPJ tapi kena jumpa doktor lain, ada baiknya terus try hospital lain je.

Next option is Columbia Asia Cheras. Baru, so equipment pun baru, segala2 baru lah..! Baca pengalaman orang pun macam ok kat sini.. Tapi, bila fikir nak kena hantar Hani ke rumah Nenek di PJ, then nak kena patah balik ke Cheras, hmm macam jauh la pulak... Kalau terus dari Putrajaya dah ok dah tu...


Ada pulak option ketiga sekarang ni. DEMC. Pun menarik jugak sebab baru berpindah je bangunan baru dengan segala kelengkapan yang baru kan. Doktor muslimah pun ramai kat sini. Kalau nak datang dari PJ pun tak la jauh sangat... Atuk Nenek nak bawak Hani datang tengok adik nanti pun senang...



Hmm.. Nak pilih hospital bersalin pun tak dapat nak buat keputusan lagi. Now bila dah dekat ni time to think about how to deliver pulak. Sebab Kakak Hani dulu c-sect, so tengah mencongak2 ni either nak terus c-sect or nak try VBAC (vaginal birth after caesarian).

Memandangkan pengalaman 4 tahun yg lalu yang mengambil masa lebih 10 jam in labor + fetal distressed sudah = tiba2 kena operate jugak, ikutkan hati nak terus opt for c-sect je.. Tapi, nowadays VBAC is another good option to try. Tapi, nak try tuuuu...... Kot lepas, ok la, kot tak lepas jugak, emergency c-sect lagi aduuuu.....

Anyway, semoga Allah tunjukkan the best option for me bila tiba masanya nanti. InsyaAllah...