Monday 26 November 2012

Bisul oh bisul...

Semalam minor operation. Bisul yang tak pecah keluar nanahnya merebak di dalam. Bengkak membesar, merah, & menyakitkan. Sungguh susah nak baring terlentang. Terpaksa tidur mengiring atau meniarap. Seminggu menahan diri takut jumpa doktor sebab takut kena operate. Tapi akhirnya serah diri juga sebab tak tahan sakit. Dah lah kena operate, dressing kena buat 2x sehari. Ouchh sungguh perit!

Pengalaman pertama operate bisul (which was actually operate buang nanah). Selalu dengar orang, now rasa sendiri. Tu lah, tangguh la lagi kalau sakit. Kan dah kena teruk.

Pengalaman pertama guna general anaesthetic. Tak sedar bila masa mata ni lelap tiba2 dah kena kejut sebab dah settle.

Pengalaman pertama kena buat dressing. Kena buat everyday for a very long period pulak tu :(

Moral of the story: kalau ada bisul pastikan ia pecah keluar supaya nanahnya tak merebak di dalam.

Hani datang melawat mama

Wednesday 17 October 2012

Bibik oh bibik...

Setelah sekian lama menanti confirmation from Bibik Pia, akhirnya terjawab sudah bahawasanya dia memang takkan datang Malaysia lagi... Dulu nak datang, maknya tak bagi. Lepas tu dah bagi, ada kes kepal terbang jatuh kat Indon mak suruh postpone pulak tak bagi naik kapal terbang. Lepas tu tunggu lepas raya. Lepas tu mak tak sihat pulak. Ni, final reason dia, dah dapat jodoh! (Mesti mak dia carikan jodoh cepat2 supaya dia memang takkan keluar dari sana.) Hmm.. Apa nak buat, dah dapat jodoh.. Mana boleh halang... Selamat pengantin baru je lah...

Huhuhuuu... Penat je tunggu tau.. Kalau tau dari awal dah lama carik lain.. Ni dah mid October ntah sempat ke nak dapat before January 2013... Dah mintak tolong Auntie Liz untuk cari bibik from the same agent bibik dia datang. Tengok bibik dia ok, harapnya yg akan datang dari agent tu ok la jugak...

Tunggu je lah... Harapnya cepat lah dapat...

Monday 27 August 2012

Goodbye, Implanon...

Tanggal 25 Ogos 2012, Sabtu, jam 10 pagi, maka berakhir lah riwayat Implanon di lenganku...


Daku mula pasang Implanon ni lebih kurang 2 bulan lepas Hani lahir. Maklumlah, beranak ikut tingkap (caesarian) kan, kena la rancang kehamilan supaya luka pembedahan kat dalam tu betul-betul sembuh sebelum mengandung lagi... Nak makan pil perancang, daku ni tak berapa nak disiplin kang ada ter'miss' pulak.. Nak ambik injection, jenuh la kena ulang alik gi klinik tiap-tiap 2 bulan.. So, nak senang, pasang je Implanon ni, terus untuk 3 tahun tak payah fikir dah... ^_^

Hehehee dah  mula nak 'planning' nih =) Doktor siap pesan suruh makan asid folic dari sekarang. Memang dah beli pun untuk bekalan ^_^


Thursday 16 August 2012

Salam Aidilfitri 1433


Tuesday 31 July 2012

Hari Sukan Cendekiawan Educare

Baru nak meng'update' peristiwa sebulan lepas hahahaaa.....

Pada 23 Jun yang lepas telah berlangsunglah Hari Sukan Cendekiawan Educare di padang Jalan P9G (sebelah Taska Cendekiawan Presint 9). Sungguh teruja Mama & Papa nak tengok Hani bersukan for the first time =D

Kita tengok gambar je lah!

Wajah ceria Hani sebelum dihantar ke khemah Rumah Hijau
Ni baru-baru masuk khemah ok lagi ni
See..? Dah mula buat muka takde perasaan dah...
Haiii lahh... Makan karipap pun macam terpaksa je....
Perarakan Rumah-rumah Sukan
Sedia sebelum acara
Hmm... Actually nak amik video masa acara Hani tu.. Malangnya, Mr Hubby telah tidak menekan punat kamera semasa itu huhuhuuu... Punya la fokus kat Hani masa tu, siap zoom lagi, tup-tup... laaa.....! Patah seribu.. =(

By the way, Hani lebih suka main ni daripada main sukan.
......................

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Wednesday 25 July 2012

Video birthday Hani


Kejap je video ni... Bole la daripada takde kan... ;) Actually tak sangka pun cikgu diorang ni akan amik video. Balik2 rumah tengok ada amik video plak. So nice..! Terima kasih, cikgu2 Hani..! ^_^

Tuesday 24 July 2012

Hani dah 3 tahun...

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia puteri kesayangan Mama nih... =)

Tahun ni oleh kerana 21 Julai jatuh pada 1 Ramadhan, so daku awal-awal lagi dah plan nak buat sambutan harijadi Hani kat taska on the day before. I planned to order for a cake and prepare gift packs for her friends in school.

Daku tempah kek dari Kak Emy Ramlah. 2 kg moist choc cake with edible image of Dora The Explorer and Hani herself =) Nak decide buat kek Dora pun bukan main susahnya. Mula-mula tanya, Hani nak kek Mickey Mouse, next time tanya dia nak kek Doraemon pulak, tanya lagi kemudian nak kek Angry Bird pulak. Haishhhh laaa.... Bila dia kata nak kek Dora je, terus daku stop tak tanya-tanya lagi dah. Kang tanya lagi, dia tukar lagi.. Haiiii lah anak Mama ni..... ^_^

Inilah kek Dora Hani

Untuk gift packs for her friends, daku isi tabung kecil dalam loop bag. Dah beli awal-awal di GM Klang since last month lagi. Hehehee... Orang lain biasanya isi chocolate / junk foods je dalam gift packs kan, budak bawak balik umah bukan makan habis pun semua tu.. Membazir je.. Baik isi benda non-food, tapi berguna. Nevertheless, my mom adds-on the gift packs with Oreo mini-pack & cadbury chocolates. Katanya tak complete kalau takde makanan dalam gift packs tu. Ikutkan je lah, orang nak bagi ;) My mom-in-law pulak add-on apam polkadot untuk bagi anak-anak makan masa majlis tu. Idak ler hanya kek tu aje yang jadi santapan.... Thank you, Nenek & Wan..! =D


Pagi tu sungguh excited my anak dara Hani ni nak gi sekolah potong kek. Dalam kereta siap tanya "Mana happy birthday?" (she called the birthday cake as 'happy birthday'). Hari-hari excited macam ni nak gi sekolah kan bagus *wink*.

Jom tengok gambar je lah (daku tinggalkan kamera & pesan siap-siap kat cikgu taska suruh ambilkan gambar masa majlis tu nanti)...

Haihh lah Hani ni kalau suruh diambil gambar mesti muka tak ikhlas.....

Excited tunggu kek
Tadaa..! Keluar dah kek Dora..
Masa untuk potong kek..!
Ok... Lepas potong letak dalam pinggan bagi kawan2...
Mmmm... Bestnya Hani makan kek...
Masing2 yg comot
Dengan Cikgu Hana nya..
Ini pulak dengan Cikgu Liza nya...
Masa untuk makan nasi..!

Ada satu video cikgunya ambilkan masa kawan2 nyanyi happy birthday. Nanti daku uploadkan kat sini yer...

Wednesday 11 July 2012

Kuih Raya 2012

Tahun ni nak try jual kuih raya. Bukan buat pun, amik kat orang je. Untuk kali pertama ni try amik dari ResipiEmak.com. Origin from Johor.

Jom tengok apa kuih raya ResipiEmak.com ni.... Beli lah yer...!






Tempahan hanya dibuka sehingga 1 Ramadhan 1433 (21 Julai 2012) sahaja ya...! Cepat sebelum terlambat..! ^_^

p/s : Mesti u all tertanya2 kenapa ada gambar kecik ada gambar besar kan...? Hehe... Gambar cookies yang dibesarkan tu ialah my favourites. Sedap for me, but not necessarily for others ya, tekak kita lain2 kan ;)