Tuesday 29 November 2011

Wedding Syafeeq & Indah

20.11.2011 (nice date, eh...?) hari tu berlangsunglah majlis resepsi adik iparku a.k.a Uncle Nyanyah (by Hani) dengan Auntie E'ein nya... Maka tinggallah lagi 2 orang adik yg belum selesai hehehe... Lambat lagi kot tu... :)

On the 19th daku & Mr Hubby buat aktiviti lawatan tapak ke Laman Tiba, Tasik Titiwangsa (the event's venue). Masa tu tengah pasang khemah. Macam-macam... Nak ubah khemah lah, ubah lokasi pelamin lah, tambah meja, hmm penat sungguh pasangan pengantin tu diorang yg settle sendiri semua benda...

Pagi 20hb tu pun kami pergi sekali lagi tengok tempat tu dah settle ke belum. Pelamin ok, khemah pun ok, meja makan yang tambahan tu je tak siap lagi. Siap? Pasang pun belum...! Inikan pulak nak prepare alas meja + kerusi semua... Hish... Sampai pukul 11 pun tak siap lagi! Dengan pengantinnya pun nak bersiap lagi, lewat jugak lah diorang balik ke hotel untuk bersiap, kesian sungguh kat diorang. Kitorang pun nak balik bersiap, tapi Hubby ku selaku Along of course la nak pastikan semuanya settle baru boleh tinggal dengan senang hati kan... Akhirnya tunggu Mama & lain-lain datang baru la kitorang balik untuk bersiap...


Seronok betul Hani dapat berlari-lari tapi tasik =)
Sempat jugak bawak Hani naik bot kayuh kat tasik ni...
 

Ni pulak gambar sekitar majlis tu...

Three beauties =)



Dah seminggu berlalu baru nak udpate hahahaa... Namun begitu, satu gambar dengan pengantin pun takde huhuhuuu....

Wednesday 16 November 2011

Tak jadi...

Apa yang tak jadi...? Hmm... Ada dua..

Satu, bibik tak jadi sambung permit tahun depan. Dia nak balik terus. So she will only be here until 15th of January next year. Katanya mak dia tak berapa nak bagi sambung. Hmm... Ma pun kata takpe la, sebab dia pun bukan orang susah sangat yang desperate nak kumpul duit kat Malaysia ni. Daripada kita paksa dia sambung tapi dia takde hati pun nak kerja sini, nanti kang ntah hapa yang jadi kat umah kita tu kang. Masalahnya, kesian kat Ma la takde pembantu nak kemas-basuh-sapu-cuci rumah PJ tu. Dah la tahun ni Ma bagi pinjam dia kat Putrajaya (hehehee daku la tuh!). Plan asal biar dia full-time kat PJ tahun depan sebab Hani dah nak ke Taska, tup-tup dia tak jadi nak sambung pulak. Rosak plan I. Huhuhuuu.... Ni nak riki-riki nak ambik maid baru untuk Ma pulak ni...



Kedua, ingat my entry nak gi Umrah 2012 hari tu...? Nampaknya plan yang tu pun tak menjadi la sebab dah takde bibik. Ye la, nak tinggalkan Hani dengan siapa pulak kan. Takkan nak tinggal kat Nenek @ Wan without helper..? Hmmm takde rezeki lagi nak pijak tanah haram nampaknya... :( Tapi hubbyku macam nak pegi jugak. Pegi sorang dulu. Maybe ikut Tok & Acu kot...

Tuesday 8 November 2011

Daftar Haji

Alhamdulillah... Setelah sekian lama asyik ditanya-tanya bila nak daftar, akhirnya daku & hubby dah berjaya daftar haji. Tu pun nasib baik dah boleh daftar online. Kalau tak, alamatnya duk bertangguh lagi la huhu.....

Tapi nak tau bila expected year nya...?? 1463 Hijriah / 2042 Masihi...! Mak aiii.... memang lepas pencen baru dapat pegi haji. Hmm... Uolls, cepat-cepat la daftar haji kalau dah cukup RM 1300. Tak payah la nak tunggu-tunggu lagi.. Kalau daftar tahun ni pun dah 31 tahun menunggu, kalo tahun-tahun depan...? Fikir-fikir la sendiri ye... Lagipun dah boleh daftar online dah, tak payah susah-susah pegi kaunter. Klik-klik-klik, dah setel. :)

Pendaftaran Haji Online
Website Tabung Haji