Monday, 27 August 2012

Goodbye, Implanon...

Tanggal 25 Ogos 2012, Sabtu, jam 10 pagi, maka berakhir lah riwayat Implanon di lenganku...


Daku mula pasang Implanon ni lebih kurang 2 bulan lepas Hani lahir. Maklumlah, beranak ikut tingkap (caesarian) kan, kena la rancang kehamilan supaya luka pembedahan kat dalam tu betul-betul sembuh sebelum mengandung lagi... Nak makan pil perancang, daku ni tak berapa nak disiplin kang ada ter'miss' pulak.. Nak ambik injection, jenuh la kena ulang alik gi klinik tiap-tiap 2 bulan.. So, nak senang, pasang je Implanon ni, terus untuk 3 tahun tak payah fikir dah... ^_^

Hehehee dah  mula nak 'planning' nih =) Doktor siap pesan suruh makan asid folic dari sekarang. Memang dah beli pun untuk bekalan ^_^


Thursday, 16 August 2012

Salam Aidilfitri 1433