Monday, 26 November 2012

Bisul oh bisul...

Semalam minor operation. Bisul yang tak pecah keluar nanahnya merebak di dalam. Bengkak membesar, merah, & menyakitkan. Sungguh susah nak baring terlentang. Terpaksa tidur mengiring atau meniarap. Seminggu menahan diri takut jumpa doktor sebab takut kena operate. Tapi akhirnya serah diri juga sebab tak tahan sakit. Dah lah kena operate, dressing kena buat 2x sehari. Ouchh sungguh perit!

Pengalaman pertama operate bisul (which was actually operate buang nanah). Selalu dengar orang, now rasa sendiri. Tu lah, tangguh la lagi kalau sakit. Kan dah kena teruk.

Pengalaman pertama guna general anaesthetic. Tak sedar bila masa mata ni lelap tiba2 dah kena kejut sebab dah settle.

Pengalaman pertama kena buat dressing. Kena buat everyday for a very long period pulak tu :(

Moral of the story: kalau ada bisul pastikan ia pecah keluar supaya nanahnya tak merebak di dalam.

Hani datang melawat mama