Thursday 6 February 2014

Bersalin di DEMC Specialist Hospital : Part II

18 Julai 2013 (lagi?)

Hari pertama di DEMC encik Hubby order makanan through room service je untuk buka puasa. Air pulak beli kat vending machine kat lobi wad. Maka berbukalah kami depan tv bersama-sama pada petang itu... The hospital food? Ok la not bad. Hmm macam Prince Court lagi best kot tapi of course this is much better than KPJ hehehee...

Around pukul 8 malam camtu doktor pakar bius datang untuk brief pasal bius yang akan digunakan esok and the possible effects. My operation is scheduled at 8am (wah awalnya!), so pukul 12 tengah malam dah kena start puasa.

Macam biasa tengah-tengah malam adik-adik misi akan datang untuk check blood pressure, contraction (if any), temperature, & baby's heart beat. Alhamdulillah semuanya ok. Tunggu je lah esok pagi huhuu...


19 Julai 2013

Awal-awal pagi adik misi dah hantar baju operation. Huhuuu makin berdebar dibuatnya. Lepas solat Subuh terus mandi dan bersiap dengan baju operation tu. Ma & Abah pun dah datang pagi2 ni. Well, daku dah tak boleh makan since tengah malam semalam. So, dah siap, tunggu diorang datang ambik je la...

Seketika kemudian datang la adik misi untuk bawa daku ke OR. Berdebar dowh. Walaupun dah pernah. Well, the emergency c-section was definitely a different experience. Bila emergency, kita takkan sempat nak fikir apa-apa. Just fikir nak baby selamat je. Tapi, c-section yang dirancang membuatkan kita bertambah berdebar especially bila dah nak dekat due. Huhuuu rasa macam hari-hari terakhir pun ada.

Ok sambung cerita. Dah salam-salam Mr Hubby, Ma, & Abah, maka serahlah diri ke dalam OR tu seorang diri. Oh di Malaysia, specifically the government hospitals and big-big names of private hospitals masih lagi tidak membenarkan suami masuk ke dalam OR jika isteri akan melalui pembedahan c-section. But I've heard of some small private medical centres that let the husband in.

Tunggu lagi. Erghh dah la tak boleh bangun. Terbaring je la atas katil tu sementara tunggu nak masuk OR. Entah diorang ni tunggu apa daku pun tak tahu. Then datang la encik Pakar Bius perkenalkan diri. Alamak encik la pulak.. Semalam yang datang brief doktor perempuan. Ni tiba2 lelaki pulak. Hish apa nak buat huhuuu terpaksa redha je lah.. Doktor tu tanya samada daku nak masuk morfin sekali atau tak. Morfin tu bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit selepas kesan bius habis. Tapi akan timbul rasa loya sebagai side effect dia. Ok. Oleh kerana daku masih terkenang-kenang rasa sakit yang amat masa bersalinkan Sarah Hani dulu, maka tanpa membuang masa daku terus setuju untuk terima morfin. Owhhh tidak le daku sanggup nak lalui sekali lagi kesakitan yang tidak tertahan itu huhuhuuu...

Entah pukul berapa akhirnya daku ditolak masuk ke dalam OR. Maka bersedialah untuk diselak-selak sesuka hati mereka di dalam OR itu nanti (ohhh bilakah nak ada kakitangan wanita yang mencukupi untuk menangani kes-kes bersalin ni....). Cucuk bius, masuk cathether, sambung wayar itu ini, dan bersedialah untuk dibelah perut yang mulus ini (haha mulus lah sangat!).

Sungguh tak ku sangka boleh tertidur dalam ketika perut digodek-godek itu. Hahaha sungguh kelakar.. Dah terjaga, terlelap balik. Ish ish ish penangan morfin agaknya nih. Masa Hani dulu tak terlelap pun walaupun dah kepenatan dari pagi. Ini operate pagi-pagi boleh pulak tertidur dalam tu. Atau maybe dalam kepala nak set supaya tak termuntah macam dulu jadi kena tidur. Hahaha. Maybe.

But ada ketika termuntah jugak dalam operation tu bila terjaga. Haishhh la. Memang asyik ada effect lah kalau operate nih. Sorry lah wahai petugas-petugas OR ye hehehee....

Sampailah ketika terdengar suara baby menangis (dalam keadaan mamai lagi tu haha!) Alhamdulillah selamat sudah! Tapi lamanya nak tunggu perut daku yang tak setel2 lagi digodek. Baby dah selamat dibawak naik ke nursery. Mama sempat jumpa kejap je masa nurse tunjuk bebird tadi. Ok pegilah jumpa Papa lama-lama ye sebelum Mama boleh naik wad.

Bila dah selesai semuanya, Dr Fairuz pun datang jumpa daku yang masih blur2 mamai lagi ni. Rupa-rupanya doc dah jumpa fibroid masa operate tadi huhuhuuu... And ada berlaku pendarahan jugak tadi rupanya. Sebab tu took a long time jugak nak close up perutku itu. Sebab tu jugak daku kena stay agak lama di waiting room (post-op) untuk monitor my blood pressure and bleeding sebelum boleh naik ke wad.

Around 12 noon baru daku dibenarkan naik ke wad. Kesian Ma & Abah tunggu lama dari awal pagi. Dah sampai wad baru lah Ma & Abah balik rumah. Nanti petang Ma nak bawak Kak Sarah datang tengok Adik =)

Adik ni kurang 0.6kg berat & kurang 2cm panjang daripada Kak Sarah masa lahir dulu

Kesan apa la yang berbekas kat pipi adik tu...

No comments:

Post a Comment