Tuesday, 28 June 2011

Kita Bukan Isteri PM

Kita bukan isteri perdana menteri.... Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free, sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US, Ratus - ratus ribu, high class facilities, kerajaan tanggung in and out, buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi, Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon. Kita bukan Azean Irdawati, Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser, Ye la kanser tak pilih bulu, Pun tak cukup duit rawat kanser, Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma, masuk TV3 mintak ringankan beban, mcm2 persatuan bagi derma, Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ? RM 90 000 bukan senang nak cari, Berlakon satu filem di bayar RM 60 000, setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni, Tak masuk drama dan iklan, Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi..... Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ? RM 30000 ? alahai sedihnyer.... Kanser tak pilih bulu, hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3, 14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm, 1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ???? bila giliran kiter agaknyer ?? Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker? Bukan nak hentam Hospital Kerajaan, Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding.... Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran.. Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan, mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri.... nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta, hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes, RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain, Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah, Kos rawatan + kos sara hidup (dah sakit tak bleh p kerja dah...) Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih.. Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ? Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000.. Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 500 000, Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment... Ni pun tak boleh paham ker ? Setengah orang kedekut.. kalau tak kedekut mungkin tak paham, beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye, beli emas Ribu-ribu sanggup, tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal, sedangkan benda ni wajib + penting, dana kecemasan la katakan, kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper, tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you, kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan, Mahal? RM 200 mahal? RM 150 mahal gak? RM100? RM 50 mahal lagi ???? Orang Lain bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda, Orang Kita bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja, Orang Lain bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance, Orang Kita bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib, Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan, Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la.. kenari second ker.. utk permulaan..... Tapi ramai tak ikut.. gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan..... 24% dah tuh.. Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40% utk investment, dana persaraan, insurance, Orang Kita 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup... 1% utk simpanan... Berapa kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerja, Bila orang suruh beli takaful / insurance..... mahal... tak cukup bulan2 nak bayar...... pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua.... Orang Kerajaan ada yang berlagak, Penyakit dan rawatan semua di tanggung, Betul tu, Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner, Kita bukan isteri Perdana Menteri, Bukan juga adik Menteri, Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh, Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ? Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer, OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni, OK tunggu result 2 minggu, OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi, Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran, mintak maaf cakap, inilah realiti...... Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri, konon-konon Multi-national Company... Majikan cover la katakan... Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ? 8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ???? pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah... 86% warga tua orang kita sekarang tiada coverage insurance.. golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an... tengah kuat kerja mcm kita, tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang kita, haram... sekarang ada satu pilihan jer lah... hospital kerajaan... kalau nak ke hospital swasta... kena cari dana sendiri... EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical... Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia, Tapi sampai bila? Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia, Business is business, bukan badan kebajikan atau walfare... kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer.. nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak... Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia, Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi.. tak bungkus... walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni... takper... Majoriti mudah dalam tangan... Alahhhh... kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa... Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada, US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya... Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit... berlambak Bangla, Vietnam, Nepal... murah... Sikit hari lagi, depa pakat-pakat pindah Operasi p Bangla... Hampa ternganga.... Tu pun masih tak sedar diri lagi...... IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser, Hospital Kerajaan nih, Hospital Swasta & Kerajaan kadang2 akan refer sini, Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin, ada yang kena bayar 100%..bagi yang ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG, boleh buat loan nak buat rawatan disini... buat loan ? Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah..... Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah.... Second group kena bayar skit.... skit berapa skit... RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler... So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group?? Husband kerja, wife kerja... boleh bayar bulan-bulan aper.... Ibarat guna Kad kredit ler, Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard, (Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...) Bila jalan jauh, spare tyre kena ada, Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare.. Sama juga kes you, Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah, Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat...(dengan coverage insurance la yer...) Kanser bila dah kena, keluarga merana, isteri kena kanser suami merana, suami kena kanser isteri merana, kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer, Kesian anak2... Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000, satu tumbang... tinggal RM 2500 jer.. dah la tak cukup... nak tanggung kos rawatan kanser lagik.. kalau takdak insurans..... masuk paper ler mintak derma.. tanggung sakit memang perit, takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih, Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer, Kalau dah sampai ajal, pergi jua... Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik, Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri, sbb lambat dapat rawatan...why lambat? tak der duit..... Suami-suami yang menyayangi isteri... Isteri-isteri yang menyayangi suami.. Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri, Suami belikan takaful untuk isteri... Takkan isteri nak beli untuk suami.. apa2 pun bolehlah... Nasihat saya, Takaful / Insurans hanya boleh dibeli dengan kesihatan, You mampu bayar RM 500 sebulan pun, bila dah sakit, orang tak pandang dah, Nukilan ni bukan nak perli saper2, Just nak bukak minda jer, mintak maaf kalau ada yang teraser, Sementara sihat, eloklah beringat... Bila dah sakit......Wallahulalam.... Ingat..... Kita bukan isteri mana-mana Perdana Menteri...hatta Menteri sekali pun..... Sumber : MAKNA

Friday, 24 June 2011

Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional.

sumber #

Thursday, 23 June 2011

Wednesday Ditch & Farm Resort

Dah lama nak entry pasal resort nih, tapi tak sempat-sempat nak buat... Ni lah ada masa sket nak story...

28 - 29 Mei hari tu kan kitorang gi Pontian for my cousin's wedding kan.. Cari punya cari Abah dapat la tempat untuk bermalam kat Wednesday Ditch & Farm Resort ni. Nice jugak la kat sini. Tinggal dalam ladang. Ada kuda, burung unta, tempat untuk camping pun ada. It's not really 'chalet-type', it's like hotel room, ada 2 jenis bilik, ada yg kecik sikit macam standard deluxe hotel room, ada yg besar sikit ala-ala suite gitu. Hmm tapi lupa lak nak amik gambar yg bilik kecik tu...
Ni lah entrance resort ladang nya...
Alamak bersepah pulak! Ada macam family hall (luas jugak) oppposite katil ni so kalau datang ramai-ramai boleh la bentang toto kat situ...

Hani pun seronok je duduk sini. Sebelah bilik ada buaian, nak main buai je keje dia. Nak-nak pulak dengan Kak Hanis dia tu. Memang taknak duk dalam bilik. Nak gi jalan naik kereta pun taknak sampai nangis-nangis nih...! Punya la suka duduk sini... (Tapi nak suruh naik kuda takut pulak...! Hahahaaa...)
Hani sampai-sampai je terus terjah buai ni


Hanis steady je naik kuda
Turn Hazim pulak
Hani nangis takut kuda heheheee....

Resort ni pun ada sediakan makan jugak kalau rasa-rasa malas nak cari makan kat luar. Pagi Ahad tu kitorang breakfast beramai-ramai kat kafe ladang nih. Not bad la, ada nasi lemak, mi bandung, nasi goreng, mi goreng, (standard la tu kan) kita order je nak apa diorang masak la kat situ. Sedap jugak :)
 

Wednesday, 22 June 2011

Gangguan bekalan air..!!!

Huiiii besar-besaran Lembah Kelang kena gangguan bekalan air nih! Sampai rumah PJ pun termasuk sekali huhuhuuu.... 3 hari pulak tu! Aiyoo... Alhamdulillah la Putrajaya tak kena sekali. Ada la cover kalau-kalau Ma Abah tak cukup air boleh la datang sini... (",)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NOTIS MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI BEBERAPA WILAYAH SYABAS AKIBAT KERJA-KERJA PENYENGGARAAN DAN MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) OLEH SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR SDN BHD (SPLASH) SERTA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR OLEH KONTRAKTOR SYABAS.
 
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

[1] TARIKH/MASA GANGGUAN : 8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
  • SEBAB-SEBAB GANGGUAN : Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.
  • KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT :
    • Wilayah Kuala Lumpur : Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.
    • Wilayah Hulu Selangor : Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.
    • Wilayah Gombak : Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.
    • Wilayah Petaling : Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).
[2] TARIKH/MASA GANGGUAN : 27 Jun 2011 (Isnin) 10.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya 28 Jun 2011 (Selasa).
  • SEBAB-SEBAB GANGGUAN : Kerja-kerja Pemasangan Paip ’Interconnection’ Sepanjang 24 Meter Bersama Sambungan ke Paip Sedia Ada di Meter Point 2, Kampung Tengah, Batu 6 ½, Jalan Gombak.
  • KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT :
    • Wilayah Gombak : Kampung Kerdas dan Kampung Tengah, Gombak.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan ‘facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.


 # Sumber #

Thursday, 16 June 2011

Honey: The Miraculous Traditional Remedy

The honey bee exhibits a combination of individual traits and social co-operation which is unparalleled in the animal kingdom. A glimpse into the nest makes it apparent why honey bees have fascinated us from the earliest days of scientific observations. The infrastructure of the nest, the perfectly uniform and functional comb, is composed of beeswax and is constructed into a repeating series of almost perfect hexagonal cells.

At the individual level, honey bees have not one but three types of colony members: queens, drones and workers, each with their own specialisations and place in honey bee society. The queen reigns over the nest, surrounded by attendants and fed the rich food she requires to perform her few but crucial tasks in the colony. The queen produces powerful pheromones, chemical signals to recipient workers which control many of their behaviours and provide part of the 'social glue' which holds honey bee life together. A highly organised social structure exists within the colony and elaborate 'dances' are used to communicate the location of food sources.


Honey is a remarkable viscous liquid, prepared by the bees from the nectars of various plants. It has occupied a prominent place in traditional medicines throughout world history. The ancient Egyptians, Assyrians, Chinese, Greeks and Romans employed honey for wounds and diseases of the gut. When the Children of Israel were in Egypt or journeying through the desert, their promised goal was a 'land flowing with milk and honey'.


Both the holy Qur'an and Hadith refer to honey as a healer of disease.
'And thy Lord taught the bee to build its cells in hills, on trees and in (men's) habitations..... there issues from within their bodies a drink of varying colours, wherein is healing for mankind. Verily in this is a Sign for those who give thought'. (Translation of Quran 16:68-69)

In addition, the Prophet (PBUH) said:
'Honey is a remedy for every illness and the Qur'an is a remedy for all illness of the mind, therefore I recommend to you both remedies, the Qur'an and honey.' (Bukhari)
In recent years, scientific support is beginning to emerge confirming the beneficial effects of honey on certain medical and surgical conditions. These effects may be summarised as follows:
  1. Antibacterial and antifungal properties: These properties of honey are well established. Undiluted honey inhibits the growth of bacteria such as Staphylococcus aureus, certain gut pathogens and fungi such as Candida albicans. At a concentration of 30-50%, honey has been shown to be superior to certain conventional antibiotics in treating urinary tract infections. However, the exact mechanism of the anti-microbial effect of honey remains obscure.
  2. Anti-diarrhoeal properties: At a concentration of 40%, honey has a bactericidal effect on various gut bacteria known to cause diarrhoea and dysentery such as Salmonella, Shigella,enteropathogenic E. coli and Vibrio cholera. In one study, honey given with oral rehydration fluid was shown to reduce the duration of bacterial diarrhoea in infants and children.
  3. Wound-healing and anti-inflammatory properties: Honey is of value in treating burns, infected surgical wounds and decubitus ulcers. Honey is very viscous, enabling it to absorb water from surrounding inflamed tissue. A study in West Africa showed that skin grafting, surgical debridement and even amputation were avoided when local application of honey to wound promoted healing, whereas conventional treatment failed. In another study, wound healing was accelerated by application of honey in women who had undergone radical vulvectomy for vulval cancer. Also, it has been suggested that honey may be useful in the treatment of chronic, foul smelling ulcers seen in leprosy.
  4. Nutritional properties: Uncontaminated honey is a healthy, easily digestible, natural and energy rich food. It contains carbohydrates, proteins, lipids, enzymes and vitamins. One tablespoon of honey provides 60 calories and contains 11g of carbohydrates, 1mg of calcium, 0.2mg of iron, 0.lmg of vitamin B and 1mg of vitamin C.
Honey is widely available in most communities but its medical potential remains grossly underutilised. Its mode of action remains incompletely understood and the healing properties of honey in other clinical and laboratory situations requires further evaluation. The miraculous beneficial properties of honey, so beautifully ex-pressed in the holy Qur'an and Sunnah 14 centuries ago expose the reluctance of modern science to accept and exploit this 'traditional remedy'.

Originally published at www.islamicsites.com