Tuesday 10 April 2012

HFMD

HFMD = Hand, Foot & Mouth Disease = Penyakit Kaki, Tangan, & Mulut.

Hmm... Tak sangka penyakit yang memang biasa menular di taska akhirnya menyinggah jugak ke badan puteriku Hani. Huhuhuu... Dah lah bulan 3 dia lama 'bercuti' dari taska sebab demam, balik-balik ke taska baru seminggu, kena penyakit ni pulak...

Sabtu - 1st day nampak tanda-tanda kat badan Hani. Dalam hati dah suspect dah maybe ni HMFD. Tapi daku still in denial mode, sebab Hani pun nampak ok je. Takde lah buat perangai ke meragam ke hape ke. Tapi start tengahari tu dia dah mula taknak makan dan kurang minum. Sakit mulut katanya. Tengok-tengok tak nampak la lagi ada ulser ke dalam mulut tu (Ulcer is the symptom of HFMD in the mouth).. So petang tu bawak la gi klinik swasta kat area Ampang (masa tu memang kat rumah my p-i-l). Doktor tengok dalam mulut, dia just kata tonsil bengkak sikit so dia bagi ubat antibiotik untuk tekak tu. Tunjuk jugak bintik-bintik kat tangan Hani tu, doktor tu kata maybe allergic & dia just bagi ubat sapu untuk tu. Hmm.. ikut je la..

The next day, Hani's condition didn't become better. Makin teruk ada la. Taknak susu, taknak makan, cuma minum air masak sikit-sikit bila dia rasa sakit dalam mulut (tu pun Mama cakap sakit mulut kena minum air). So petang tu instead of terus balik ke Putrajaya kami singgah ke Prince Court Medical Centre untuk check balik keadaan Hani ni what's going on actually. Doktor tengok mulut ada ulser, terus tengok tangan & kaki yang memang ada bintik-bintik tu. Confirmed HFMD (Kan senang? Ntah apa la doktor klinik tu tengok daku pun tak tahu *sigh*). So the doctor asked whether nak masuk wad ke tak. Sebab penyakit ni takde ubat pun. Cuma kalau budak tu tak makan & minum memang kena la warded untuk drip air masuk dalam badan supaya tak dehidrated. Well, Hani memang tak makan & minum sejak semalam kan, serah diri aje la untuk warded & drip huhuhu...
Umur baru 3 tahun dah 2x kena drip + warded :(
Masa ni kena main cak-cak nak bagi minum Milo
Cakkk..!!

Duduk kat wad Hani monyok & lemah aje.. Itu taknak ini taknak. Tidur aje bawah ketiak Mama ;p Sebab tu hari ke-3 kami buat keputusan untuk mintak balik je. Lagipun mengikut pengalaman, Hani will get better at home rather than in the hospital. Mama kena cuti seminggu sebab Hani kena kuarantin :D

See..?? Baru satu hari balik rumah dah ceria =D
By the way, mengikut kata doktor virus HFMD sudah ada dalam badan 2-3 minggu sebelum tanda-tandanya mula kelihatan. So andai kata tempat anak-anak uolls (taska @ rumah pengasuh) tiba-tiba ada penyakit ni, cepat-cepat la adukan kepada pejabat kesihatan yang berkenaan supaya tempat tu boleh diarah tutup. Kalau tak tutup jugak, kalau boleh elakkan lah hantar anak ke tempat berkenaan supaya tak dijangkiti...

Daku dah buat aduan tapi setakat ini belum lah taska itu ditutup lagi padahal kat taska tu dah ada kes HFMD & Chicken Pox sejak awal Mac lagi (mungkin sebab tak banyak kes)... Bukan niat nak tutup periuk nasi diorang, bukan juga nak menyusahkan ibubapa, tapi supaya penyakit itu tidak menular lebih jauh lagi kepada anak-anak lain...