Wednesday, 17 October 2012

Bibik oh bibik...

Setelah sekian lama menanti confirmation from Bibik Pia, akhirnya terjawab sudah bahawasanya dia memang takkan datang Malaysia lagi... Dulu nak datang, maknya tak bagi. Lepas tu dah bagi, ada kes kepal terbang jatuh kat Indon mak suruh postpone pulak tak bagi naik kapal terbang. Lepas tu tunggu lepas raya. Lepas tu mak tak sihat pulak. Ni, final reason dia, dah dapat jodoh! (Mesti mak dia carikan jodoh cepat2 supaya dia memang takkan keluar dari sana.) Hmm.. Apa nak buat, dah dapat jodoh.. Mana boleh halang... Selamat pengantin baru je lah...

Huhuhuuu... Penat je tunggu tau.. Kalau tau dari awal dah lama carik lain.. Ni dah mid October ntah sempat ke nak dapat before January 2013... Dah mintak tolong Auntie Liz untuk cari bibik from the same agent bibik dia datang. Tengok bibik dia ok, harapnya yg akan datang dari agent tu ok la jugak...

Tunggu je lah... Harapnya cepat lah dapat...