Friday, 27 January 2012

Gaji oh gaji...!

Sungguh bengang.... Ingatkan dah bleh dapat beza gaji baru 31hb ni, and start gaji baru bulan depan.. Sekali tup-tup tangguh jugak bersama dengan tertangguhnya pelaksanaan SBPA. Bengang sebab dah ada plan dengan gaji baru tu, tak pasal-pasal terpaksa cancel plan. Ye la, walaupun sikit, bleh la cover yuran taska Hani tu sket, bleh simpan extra sket, bleh la beli apa yg tak bleh nak beli sebelum ni... Hmmm sume cancelled. Cuepacs oh Cuepacs... Harap-harap apa yang disuarakan tu dapat hasil yang memuaskan lah.. Jangan makin turun sudah, harap kekal atau naik la hendaknya....

Phew!

Phew! Tak sangka balik rumah lunch-time tadi sempat jua daku membasuh lantai dapur dengan jayanya. Kalau dah datang mood tu, camtu la... Kalau tak jangan ko harap diri ini nak merajinkan diri nak basuh dapur tuh huhuuu.....

Niat asal tadi nak balik membasuh baju satu round and nak meng'iron' baju-baju yang melambak tak bergosok sejak ketiadaan bibik ni... Sekali datang mood lain plak. Tak sempat pulak nak iron baju.. Hish dah la kena cari time Hani tido baru bleh meng'iron', kena iron baju tengah malam la jawabnya... Hmmm actually dah lama plan nak bangun tengah malam or awal pagi untuk iron baju, tapi asal terjaga je rasa malas nak bangun, asal terjaga je terus tido balik macamana nak jalan hahahaa.... Tapi nak kena start dah lepas ni..! Kalau tak memang tak surut-surut baju-baju tu uhuhuhhh...

Chaiyok! Chaiyok!

Wednesday, 18 January 2012

Hani semakin manja...

Sejak masuk taska ni macam-macam pulak perangai si puteri Hani ni... Semakin manja mengada-ngada... Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nak jerit-jerit... Aduuuuuuyai..! Kadang-kadang sampai hilang sabar dibuatnya. Ni belum nak ada adik lagi ni... Sok nak ada adik kang lagi la macam-macam buat perangai... Hmmm.... *sigh*

Satu lagi masalah, Hani ni susahnyaaaaa la nak makan. Lagi-lagi kalau nasi. Kalau ada lauk, dia nak lauk je. Tu pun kalau dia nak. Kadang-kadang taknak langsung! Selama ni makan dengan bibik senang je habis, ntah apa la bibik tu 'jampi' nak soh dia makan. Sejak bibik dah takde ni, memang susah sungguh nak bagi dia makan. Buat mi (selalu dia suka mi / bihun) pun taknak makan. Ishh... Harap-harapnya kat taska dia dah makan banyak la... Bleh cover yang tak makan kat rumah ni huhuuu....

Friday, 13 January 2012

Hani tak sihat...

Minggu ni sehari jer hantar Hani kat taska. Selasa tu memang ingat nak bagi dia 'cuti' sebab Papanya outstation (Hubby taknak daku duduk sorang2 kat rumah) so awal pagi tu Papa dia dah hantar dia ke rumah Nenek kat PJ. Sekali dia punya selsema + batuk bertambah teruk plak... Terus Nenek kata tak payah hantar taska minggu ni.. Haiii seronok la anak Mama ni tak payah gi taska seminggu. Dapat bibik plak tu. Bukan main suka lagi dapat jumpa bibik dia tu... Minggu last ni, Ahad lusa ni bibik tu dah nak balik dah... Macamana la nanti bibik dah takde... Hmm....

Sebut pasal bibik, nak luah rasa geram gak ni. Hari tu ada la ibu mertuaku tanya pasal nak ambik maid baru kan, sebab ada sorang ustaz kat ofis Mama tu nak ambik. Ambik sendiri kat Indon, bawak masuk Malaysia ni urus sendiri semua. Beria ustaz tu kata nak masuk 31 Disember. Bila tanya Ma, Ma setuju la pulak nak ambik jugak... (Daku mengharapkan Ma tak setuju sebab... bleh percaya ke..? Tak kenal pun ustaz tu..?) Nak taknak kena la bayar la RM1500 kat ustaz tu untuk urusan kat Indon. Pastu kata nak mintak duit tambang, tapi dah dekat 31hb tak mintak2 pun. Bila tanya Mama, Mama pun boleh lupa pasal maid tu.. Then bila tanya2, kata ada masalah pulak kat imigresen Indon, mungkin mid of January baru lepas. Ni dah mid of January dah ni, tanya2 lagi, kata bulan Februari la pulak... Haishhh... Ni yang bikin gua naik angin ni... Asyik postpone je... Mau bulan Februari tahun depan baru dapat kot?? Ish ikut hati nak cancel je, pulangkan balik duitku RM1500 tu. Biar Ma cari kat orang lain. Kawan Ma, MakTeh tu dah dapat dah, cepat je dapat. Biar Ma ambik kat situ je. Walaupun mahal sikit, tapi hati tak sakit.

Baru tadi bibik sms. Hani demam la pulak... Ish... Mau kena cuti Mama minggu depan ni kalau Hani demam lagi... Huhuhuuu... Cepat la baik sayang....

Tuesday, 3 January 2012

Hani ke Taska

Hani dah mula ke Taska Cendekiawan P9 pada 28hb Disember hari tu. Hmm... Sebelum mula nak hantar ke taska dah berkali-kali ingatkan dia pasal tu... Dengan harapan dia akan ok nak pergi taska tuh.

1st day - Hantar Hani pukul 7 lebih dekat2 pukul 8. Mula2 ok jer, tengok2 baby kat bilik lain, tengok2 mainan. Tup tup bila nak pisah nangis pulak. Lama pulak tu. Hmm daku ok jer nak tinggalkan dia. Tapi Papa dia la pulak nak tunggu dia diam dulu baru nak gerak dari situ. (Hish padahal kalau kat rumah dia buat donno je pun kalau Hani nangis2). Dekat 2 jam jugak la dia nangis huhuhuuuu, dah penat baru nak diam.. Tu pun teresak-esak lagi. Redha jer. Akhirnya kitorang gerak dari taska tu dalam pukul 9++. Tawakkal.

2nd day - Hani ok jer dia bila nak masuk dalam taska tu. Takde lah macam budak lain beria-ia taknak masuk kan.. Tapi.......... still nangis lagi bila nak kena tinggal. Haiiii lah anak Mama nih..... Tu lah, selama ni duduk kat rumah je dengan bibik kan, tak pernah kena tinggal... Tu yang manja mengada tu. Walau apa pun, daku & Hubby tetap tinggalkan aje dia yang tengah nangis2 tu. Kena la ajar kena tinggal kan, kalau tak sampai bila pun dia tak nak kena tinggal kat taska tu...

3rd day - Hani dah ok..! Dah tak nangis2 dah :) Senang je nak salam & babai Mama. Fuhh lega hati Mama................ Hani good girl...!!