Monday 30 September 2013

Bersalin di DEMC Specialist Hospital : Part I

18 Julai 2013

Hari menyerah diri di hospital. Ohh hari ni daku dah tak puasa. Sebab dah tau esok my operation is scheduled at 8am, so mesti malam ni dah tak boleh makan, jadi mari kita makan puas-puas di siang hari ngeheheee...

Sepatutnya Mr Hubby pun cuti hari ni.. Ye lah, nak hantar si kakak & bibiknya ke rumah MA dulu kat PJ, barulah boleh check-in kat hospital. Tapi tiba2 hari ni dia ada sesi exam & interview pulak kat ofis. Terpaksa la daku je yang balik PJ dulu pagi ni, tengahari karang baru Mr Hubby balik amik daku bawak ke hospital..

Dalam pukul 3 lebih camtu kami ke hospital untuk check-in. Dah beli maggi, roti, and instant coffee buat bekalan sahur Mr Hubby 2-3 hari kat hospital. Kalau untuk buka puasa tu boleh la order room service, time sahur mana nak ada room service pukul 3-4 pagi kan..

Actually kami dah tempah bilik single masa pre-admission minggu lepas. Tapi masa admission diorang bagitau bilik single semua dah penuh sebab tiba2 ramai pulak yang beranak hehehee... Oleh kerana bilik single biasa dah penuh, DEMC upgrade bilik kami kepada suite! Ok jom kita tengok macamana rupa paras bilik suite yg daku dapat hari tu.. Ada satu ruang tamu, satu bilik pesakit (daku la tu), dan satu bilik peneman (untuk Mr Hubby).

Ruang tamu
Ruang bilik pesakit
Pemandangan bilik pesakit dari ruang tamu
Bilik peneman pesakit

How nice, kan? Rezeki anak sungguh =) Sebab dah sign pre-admission last week, kami cuma perlu bayar harga bilik single biasa walaupun dapat biilik suite. The better of DEMC. Compared to KPJ, if bilik single penuh, kita duduk la bilik double or quadruple. If upgrade ward, bayar la ikut rate sebenar ward yg upgraded itu...

Malam pertama, call Ma to make sure that Hani is ok. 2-3 minggu ni dah banyak kali ingatkan dia yang Mama kena tidur hospital dengan Papa, & dia kena tidur dengan Nenek & Atuk Aji kat PJ. Selama ni dia tak pernah tidur tanpa Mama, risau jugak kot tengah2 malam buat hal nak Mama pulak...  Tapi Alhamdulillah, dia ok je tidur dengan Nenek & Atuk kat PJ masa Mama & Papa stay hospital. Good girl, Hani! :)


-


-


-


-


-


-


-


-


To be continued....... PART II