Friday 21 June 2013

4 minggu lagi...



Dup.. Dap.. Dup.. Dap...

Tinggal 4 minggu je lagi, insyaAllah, nak jumpa adik Hani :) 19th July will be the day, as I chose for elective c-section. Ingat nak pilih 23 Julai jer, biar tarikh selepas birthday kakaknya, tapi Dr Fairuz kata lambat sangat pulak sebab dah masuk 39 minggu masa tu... Takpe lah, 2 hari awal, adik jadi birthday present untuk Kakak Sarah ;)

Last check-up alhamdulillah adik dah naik berat jadi 2.1kg. Last 3 weeks he's only 1.2kg. Risau jugak takut baby nanti tak cukup berat masa lahir kang tak pasal-pasal kena duduk lama dalam inkubator.. Cumanya adik ni agak selesa berada di atas, tak pusing-pusing pun ke bawah. Scan last 3 weeks pun melintang, scan baru ni pun still melintang lagi. Dr Fairuz kata, "Baby ni tau ni mama dia nak c-sect, sebab tu dia tak pusing ke bawah, senang nak operate nanti". Hmm.. Maybe jugak.. Pandai anak mama ni :)

No comments:

Post a Comment