Friday 29 January 2016

Kembali ke Tanahair

Kurang dua minggu untuk genap dua tahun daku merantau di Sabah.. Kini kembali menabur bakti di tanah tumpah darah ku.. chewah!

Balik suda kami ke Semenanjung ni.. huhuu lebih kurang dua tahun je menjadi warga Sabah.. Dalam 2 tahun tak sempat nak memanjangkan kaki ke seluruh Sabah. Tapi syukur sampai juga lah dari Kudat ke Sipitang tu.. Alhamdulillah :) Ada rezeki lebih nanti nak bercuti ke sana lagi ;)

Rindu kamu semua!

Ada masa daku coret lagi di blog ni ya.. Lama suda tinggal bersawang sejak pindah 2 tahun lepas hehe... Harap kembali rajin mengupdate!



Thursday 9 April 2015

What??? Dah setahun tak update blog??!!

Hahahaa.... tak sangka dah setahun daku tak update apa-apa dalam blog ni... hamboihhh jadi pemalas sungguh sejak duduk di bawah bayu ni... hihihiiii...

Belanja gambar terkini budak 2 orang ni lah dulu ye...



Harap ada sambungan lagi blog ni selepas ini... hihihiii :P

Tuesday 15 April 2014

4 Bulan Sudah...

Owhh lamanya blog ini ku tinggalkan... Bersawang sudah jadinya heheheee...

Diam tak diam dah 4 bulan kami menjadi warga negeri di bawah bayu ni... Si adik Hadif pun dah nak masuk 9 bulan. Baru mula nak merangkak tapi dalam masa yang sama dah bertatih meniti sofa & coffee table =) Masih berjaya mengekalkan breastfeeding walaupun bekalan untuk sehari cuma bergantung kepada hasil mengepam hari sebelumnya (huhuhuuu...).

Kakak Sarah pun nampak happy je sekolah kat sini. Siap ada geng dah tu. Raihana & Aminah. Kalau nak bawak apa-apa makanan pun nak bawak untuk 3 orang geng dia ni je. On Saturdays pulak ada kelas muzik (piano). Ini pun dia nampak macam happy je ke kelas. Siap pandai mintak sweets from her teacher, boleh..? =P Harapnya dia belajar betul-betul la masa kelas tu... Bukan sekadar main-main je hihihiii...

Bersedia untuk aktiviti riadhah mingguan! Yeay!

Thursday 6 February 2014

Bersalin di DEMC Specialist Hospital : Part II

18 Julai 2013 (lagi?)

Hari pertama di DEMC encik Hubby order makanan through room service je untuk buka puasa. Air pulak beli kat vending machine kat lobi wad. Maka berbukalah kami depan tv bersama-sama pada petang itu... The hospital food? Ok la not bad. Hmm macam Prince Court lagi best kot tapi of course this is much better than KPJ hehehee...

Around pukul 8 malam camtu doktor pakar bius datang untuk brief pasal bius yang akan digunakan esok and the possible effects. My operation is scheduled at 8am (wah awalnya!), so pukul 12 tengah malam dah kena start puasa.

Macam biasa tengah-tengah malam adik-adik misi akan datang untuk check blood pressure, contraction (if any), temperature, & baby's heart beat. Alhamdulillah semuanya ok. Tunggu je lah esok pagi huhuu...


19 Julai 2013

Awal-awal pagi adik misi dah hantar baju operation. Huhuuu makin berdebar dibuatnya. Lepas solat Subuh terus mandi dan bersiap dengan baju operation tu. Ma & Abah pun dah datang pagi2 ni. Well, daku dah tak boleh makan since tengah malam semalam. So, dah siap, tunggu diorang datang ambik je la...

Seketika kemudian datang la adik misi untuk bawa daku ke OR. Berdebar dowh. Walaupun dah pernah. Well, the emergency c-section was definitely a different experience. Bila emergency, kita takkan sempat nak fikir apa-apa. Just fikir nak baby selamat je. Tapi, c-section yang dirancang membuatkan kita bertambah berdebar especially bila dah nak dekat due. Huhuuu rasa macam hari-hari terakhir pun ada.

Ok sambung cerita. Dah salam-salam Mr Hubby, Ma, & Abah, maka serahlah diri ke dalam OR tu seorang diri. Oh di Malaysia, specifically the government hospitals and big-big names of private hospitals masih lagi tidak membenarkan suami masuk ke dalam OR jika isteri akan melalui pembedahan c-section. But I've heard of some small private medical centres that let the husband in.

Tunggu lagi. Erghh dah la tak boleh bangun. Terbaring je la atas katil tu sementara tunggu nak masuk OR. Entah diorang ni tunggu apa daku pun tak tahu. Then datang la encik Pakar Bius perkenalkan diri. Alamak encik la pulak.. Semalam yang datang brief doktor perempuan. Ni tiba2 lelaki pulak. Hish apa nak buat huhuuu terpaksa redha je lah.. Doktor tu tanya samada daku nak masuk morfin sekali atau tak. Morfin tu bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit selepas kesan bius habis. Tapi akan timbul rasa loya sebagai side effect dia. Ok. Oleh kerana daku masih terkenang-kenang rasa sakit yang amat masa bersalinkan Sarah Hani dulu, maka tanpa membuang masa daku terus setuju untuk terima morfin. Owhhh tidak le daku sanggup nak lalui sekali lagi kesakitan yang tidak tertahan itu huhuhuuu...

Entah pukul berapa akhirnya daku ditolak masuk ke dalam OR. Maka bersedialah untuk diselak-selak sesuka hati mereka di dalam OR itu nanti (ohhh bilakah nak ada kakitangan wanita yang mencukupi untuk menangani kes-kes bersalin ni....). Cucuk bius, masuk cathether, sambung wayar itu ini, dan bersedialah untuk dibelah perut yang mulus ini (haha mulus lah sangat!).

Sungguh tak ku sangka boleh tertidur dalam ketika perut digodek-godek itu. Hahaha sungguh kelakar.. Dah terjaga, terlelap balik. Ish ish ish penangan morfin agaknya nih. Masa Hani dulu tak terlelap pun walaupun dah kepenatan dari pagi. Ini operate pagi-pagi boleh pulak tertidur dalam tu. Atau maybe dalam kepala nak set supaya tak termuntah macam dulu jadi kena tidur. Hahaha. Maybe.

But ada ketika termuntah jugak dalam operation tu bila terjaga. Haishhh la. Memang asyik ada effect lah kalau operate nih. Sorry lah wahai petugas-petugas OR ye hehehee....

Sampailah ketika terdengar suara baby menangis (dalam keadaan mamai lagi tu haha!) Alhamdulillah selamat sudah! Tapi lamanya nak tunggu perut daku yang tak setel2 lagi digodek. Baby dah selamat dibawak naik ke nursery. Mama sempat jumpa kejap je masa nurse tunjuk bebird tadi. Ok pegilah jumpa Papa lama-lama ye sebelum Mama boleh naik wad.

Bila dah selesai semuanya, Dr Fairuz pun datang jumpa daku yang masih blur2 mamai lagi ni. Rupa-rupanya doc dah jumpa fibroid masa operate tadi huhuhuuu... And ada berlaku pendarahan jugak tadi rupanya. Sebab tu took a long time jugak nak close up perutku itu. Sebab tu jugak daku kena stay agak lama di waiting room (post-op) untuk monitor my blood pressure and bleeding sebelum boleh naik ke wad.

Around 12 noon baru daku dibenarkan naik ke wad. Kesian Ma & Abah tunggu lama dari awal pagi. Dah sampai wad baru lah Ma & Abah balik rumah. Nanti petang Ma nak bawak Kak Sarah datang tengok Adik =)

Adik ni kurang 0.6kg berat & kurang 2cm panjang daripada Kak Sarah masa lahir dulu

Kesan apa la yang berbekas kat pipi adik tu...

Tuesday 4 February 2014

Huds BlogShoppe: Apa Sebenarnya Vita-Lea® Iron Formula Shaklee?

Huds BlogShoppe: Apa Sebenarnya Vita-Lea® Iron Formula Shaklee?: Multivitamins pertama di dunia telah dicipta oleh Shaklee yang mana pada asalnya ia dikenali sebagai Vitalized Minerals (yang telah disingka...

Tuesday 21 January 2014

Menjadi Warga Sabah

Alhamdulillah akhirnya selamat sudah kami menjadi warga pemastautin Sabah. Let me share my experience of moving here to Sabah...


Paspot biru (Dokumen Terhad Perjalanan)

Walaupun kita ni penjawat awam persekutuan yang ditugaskan ke Sabah, kita kena jugak buat paspot biru (DTP) sebagai dokumen perjalanan kita di sini. MyKad je tak cukup. Dengan MyKad, pas lawatan sosial kita ke Sabah cuma setakat 90 hari je. Apa korang rajin ke nak keluar masuk Sabah every 3 months sebab nak renew visa tu? Idok le teman... Baik buat paspot biru tu. Boleh jugak nak buat berjalan ke Brunei sekali sekala hehe... Tak mahal pun, RM5 je untuk 5 tahun.

Actually paspot biru tu bertujuan untuk ambil cop Seksyen 66(1) untuk diri sendiri sebagai penjawat awam & cop Seksyen 66(2) untuk anak-anak, so that kita & anak-anak dibenarkan berada dalam negeri Sabah ni without time limit. Cop ni jugak sebenarnya kita boleh pakai paspot merah (Paspot Antarabangsa). Tapi apa ke hal nak pakai paspot RM300 bila kita ada option untuk pakai paspot RM5?

DTP ni hanya diproses di tingkat 1 Jabatan Imigresen Malaysia Sabah yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Tidak diproses di Pejabat-pejabat Imigresen Sabah yang lain (contohnya di UTC). So nak tak nak korang kena lah pegi ke kompleks yang dipanggil Putrajaya tu. Pegi awal-awal supaya senang dapat parking & tak payah tunggu giliran lama-lama. Hanya perlu bawa gambar (background biru), dokumen pengenalan diri & anak-anak (MyKad & Surat Beranak anak-anak) serta salinan-salinannya. Pergi kaunter semak dokumen & ambil nombor, lepas tu sampai turn pergi kaunter urusan, lepas tu tunggu turn untuk kaunter bayaran pulak, then 5 jam lepas buat bayaran baru pergi semula untuk ambil paspot yang dah siap tu. Jangan lupa bawak resit bayaran tadi.


Cop Seksyen 66 (1) & (2)

Ok. Bila dah selamat menjadi warganegeri Sabah, a.k.a dapat paspot biru, maka kita ke tingkat 2 pulak. Opps.. sebelum tu minta jabatan kita sediakan surat pengesahan bahawa kita memang bekerja di situ, juga surat pengesahan untuk anak-anak kita juga, sebagai dokumen sokongan untuk mohon cop Seksyen 66 tu. Jadi yang kita kena bawa ialah paspot, salinan MyKad (salinan surat beranak untuk budak-budak), & surat pengesahan majikan untuk dapat cop tu. Terus ke kaunter semakan dokumen tu, pegawai tu akan semak & ambil segala dokumen tu, kita just kena tunggu kejap, siap..! But depends on situations jugak.. If pegawai kanan dia kat belakang tu takde, orang pulak ramai, lama sikit la kena tunggu ye...


Permit Pembantu Rumah

Bila kita bawa pembantu rumah ke sini, kita mestilah kena mohon permit baru kat Sabah ni. Permit Semenanjung tidak sah digunapakai di Sabah ya kawan-kawan...

Naik tingkat 3 Jabatan Imigresen pulak. Mintak la borang permohonan pembantu rumah, then balik isi la siap-siap dan prepare segala dokumen yang dah disenaraikan tu. Satu dokumen lain yang diperlukan di sini ialah Sijil Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah. So before anything else, first kita mohon dulu Sijil Buruh tu. Dah dapat Sijil Buruh tu baru boleh proceed ke Imigresen pulak.

Isi borang, siapkan dokumen semua, bolehlah hantar ke tingkat 3 Imigresen tu untuk diproses. Oleh kerana pembantu rumah ni dah ada permit Semenanjung, maka permohonan ni diproses sebagai Transfer Endorsement sahaja. Surat Akuan Penerimaan permohonan kita tu akan diberi kepada kita sebagai rujukan. In my case, 2 hari je dah lulus dah permohonan daku tu. So bila dah tau lulus (boleh semak dalam portal Imigresen Malaysia - gunakan no rujukan permohonan di Surat Akuan Penerimaan tu), kita pergi la ke tingkat 3 Imigresen tu semula untuk buat bayaran dan cetakan stiker permit. Bayaran RM85 untuk Transfer EndorsementTransfer Endorsement hanya sah sehingga tarikh akhir permit yang telah diluluskan di Semenanjung.


Ok. Macam dah banyak daku taip ni. Rasanya setakat ni dulu lah. Bab renew permit maid belum buat lagi so takleh la nak cerita lagi kat sini. Bab permit kerja Badan Berkanun pun belum boleh cerita lagi sebab tak tanya detail lagi dekat Mr Hubby. So... nanti kita sambung lagi yer.. See ya!

Thursday 3 October 2013

Keputusan


Sabah Map Guide

Ok keputusan dah dibuat. Oleh kerana Mr Hubby pun tiba2 tanya "taknak mintak tukar ke" (ari tu suruh fikir sendiri), Ma pun sangat bersetuju daku mintak tukar, maka dengan ini dengan rasminya daku membuat keputusan untuk bertukar ke Sabah. Jawapan Ma really helps! Sabah, here we come!