Thursday 28 July 2011

Hani oh Hani..

Hari ni Hani demam la pulak... Actually since semalam. Tapi bibik bertuah tu x reti2 pulak nak call bagitau Hani demam. Bengang betul.... Bukan takde telefon pun kat rumah. Ishhh..! Balik keje la baru dapat tau Hani demam huhuhuuu...

Malam tadi naik pulak panas dia. Dah la termometer tinggal kat umah nenek dia tak dapat nak check suhu. Terjaga dari tidur pukul 2 pagi susah pulak nak ajak dia tidur balik. Entah pukul berapa baru tidur balik...

Pagi ni pun panas lagi. Tu yang mama terpaksa EL hari ni. Hmm... Bagi makan ubat, kebah la demam dia. Tapi dah hilang kesan ubat tu karang, naik la panas dia balik... :( Ni badan dah sejuk ni, hopefully tak naik panas balik dah lepas ni...


Jangan macam ni lagi ye Hani sayang...

Wednesday 27 July 2011

My other blog

Hari ni terlebih rajin.. Creating other blog to focus on the Takaful items there. Malas nak campur-campur. So blog ni untuk suka-suki :p then the other blog is for my hubby's Takaful whatever whatever... So, Abang, pape pasal takaful entry post kat sini ye... :)

Tuesday 26 July 2011

Berpindah ke tempat baru

Ni bukan pindah rumah lagi okay... Ni pindah ofis pulak.. Akhirnya setelah sekian lama duk dengar ura-ura nak pindah (rasanya since aku masuk 3 tahun dulu dah dengar kata nak renovate & pindah) selamat jugak kitorang berpindah ke tingkat 3... Dengan dokumen kontrak semua bagai... Dengan baucar berkotak-kotak... Mujur la staf (female staff ye uolsss!) semua bagi kerjasama. Yang lelaki tak bleh harap! (Exceptional to En Z, Shafiq, & Abg Lan) Yang lain ntah ke mana! Kalau memang tak datang tu boleh la jugak dimaafkan, tapi ada sorang ni datang pagi elok je duduk kat tempat dia tapi boleh lesap lari ntah ke mana bila disuruh sama-sama membantu...! Geram betul..!!! Eeeiiii aku rasa nak sepak terajang bagi penampar je kat dia! Menghilang satu hari tiba-tiba boleh pulak punch-out pukul 9 malam..! MEMANG HAMPEH!

Thursday 7 July 2011

Hani's birthday is coming soon..!

Hmmm.... Lagi 2 minggu je dah nak sampai birthday Hani. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah anak mama nih... :) Ingat nak buat makan-makan sikit sempena housewarming masuk rumah, bersekali dengan celebrate birthday Hani ni. Nak buatnya 23 Julai ni tapi satu apa pun tak plan lagi! Hohohooo.... Untuk kek dah settle dah, macam biasa order dengan Kak Nim je... ;) Untuk main meal ni yang tak settle lagi ni... Hmmmmmm..... (berfikir panjang).

By the way, kami ni kiranya dah berpindah secara tetap la ke Putrajaya ni. Hani pun duk sekali, dengan bibiknya sekali. Kira bibiknya ni weekdays kat Putrajaya, weekends di PJ hehehee.... Nampaknya tak jadi la nak hantar Hani ke Taska tahun ni. Tahun depan la kot...

Last June kami dah buat majlis solat hajat, Yaasin, & doa selamat sempena masuk rumah ni. Led by Abah la of course ;) Tapi sibuk sana sini tak sempat nak ambik gambar banyak pun masa majlis tu. Ni je la yang sempat...