Tuesday 21 January 2014

Menjadi Warga Sabah

Alhamdulillah akhirnya selamat sudah kami menjadi warga pemastautin Sabah. Let me share my experience of moving here to Sabah...


Paspot biru (Dokumen Terhad Perjalanan)

Walaupun kita ni penjawat awam persekutuan yang ditugaskan ke Sabah, kita kena jugak buat paspot biru (DTP) sebagai dokumen perjalanan kita di sini. MyKad je tak cukup. Dengan MyKad, pas lawatan sosial kita ke Sabah cuma setakat 90 hari je. Apa korang rajin ke nak keluar masuk Sabah every 3 months sebab nak renew visa tu? Idok le teman... Baik buat paspot biru tu. Boleh jugak nak buat berjalan ke Brunei sekali sekala hehe... Tak mahal pun, RM5 je untuk 5 tahun.

Actually paspot biru tu bertujuan untuk ambil cop Seksyen 66(1) untuk diri sendiri sebagai penjawat awam & cop Seksyen 66(2) untuk anak-anak, so that kita & anak-anak dibenarkan berada dalam negeri Sabah ni without time limit. Cop ni jugak sebenarnya kita boleh pakai paspot merah (Paspot Antarabangsa). Tapi apa ke hal nak pakai paspot RM300 bila kita ada option untuk pakai paspot RM5?

DTP ni hanya diproses di tingkat 1 Jabatan Imigresen Malaysia Sabah yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Tidak diproses di Pejabat-pejabat Imigresen Sabah yang lain (contohnya di UTC). So nak tak nak korang kena lah pegi ke kompleks yang dipanggil Putrajaya tu. Pegi awal-awal supaya senang dapat parking & tak payah tunggu giliran lama-lama. Hanya perlu bawa gambar (background biru), dokumen pengenalan diri & anak-anak (MyKad & Surat Beranak anak-anak) serta salinan-salinannya. Pergi kaunter semak dokumen & ambil nombor, lepas tu sampai turn pergi kaunter urusan, lepas tu tunggu turn untuk kaunter bayaran pulak, then 5 jam lepas buat bayaran baru pergi semula untuk ambil paspot yang dah siap tu. Jangan lupa bawak resit bayaran tadi.


Cop Seksyen 66 (1) & (2)

Ok. Bila dah selamat menjadi warganegeri Sabah, a.k.a dapat paspot biru, maka kita ke tingkat 2 pulak. Opps.. sebelum tu minta jabatan kita sediakan surat pengesahan bahawa kita memang bekerja di situ, juga surat pengesahan untuk anak-anak kita juga, sebagai dokumen sokongan untuk mohon cop Seksyen 66 tu. Jadi yang kita kena bawa ialah paspot, salinan MyKad (salinan surat beranak untuk budak-budak), & surat pengesahan majikan untuk dapat cop tu. Terus ke kaunter semakan dokumen tu, pegawai tu akan semak & ambil segala dokumen tu, kita just kena tunggu kejap, siap..! But depends on situations jugak.. If pegawai kanan dia kat belakang tu takde, orang pulak ramai, lama sikit la kena tunggu ye...


Permit Pembantu Rumah

Bila kita bawa pembantu rumah ke sini, kita mestilah kena mohon permit baru kat Sabah ni. Permit Semenanjung tidak sah digunapakai di Sabah ya kawan-kawan...

Naik tingkat 3 Jabatan Imigresen pulak. Mintak la borang permohonan pembantu rumah, then balik isi la siap-siap dan prepare segala dokumen yang dah disenaraikan tu. Satu dokumen lain yang diperlukan di sini ialah Sijil Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah. So before anything else, first kita mohon dulu Sijil Buruh tu. Dah dapat Sijil Buruh tu baru boleh proceed ke Imigresen pulak.

Isi borang, siapkan dokumen semua, bolehlah hantar ke tingkat 3 Imigresen tu untuk diproses. Oleh kerana pembantu rumah ni dah ada permit Semenanjung, maka permohonan ni diproses sebagai Transfer Endorsement sahaja. Surat Akuan Penerimaan permohonan kita tu akan diberi kepada kita sebagai rujukan. In my case, 2 hari je dah lulus dah permohonan daku tu. So bila dah tau lulus (boleh semak dalam portal Imigresen Malaysia - gunakan no rujukan permohonan di Surat Akuan Penerimaan tu), kita pergi la ke tingkat 3 Imigresen tu semula untuk buat bayaran dan cetakan stiker permit. Bayaran RM85 untuk Transfer EndorsementTransfer Endorsement hanya sah sehingga tarikh akhir permit yang telah diluluskan di Semenanjung.


Ok. Macam dah banyak daku taip ni. Rasanya setakat ni dulu lah. Bab renew permit maid belum buat lagi so takleh la nak cerita lagi kat sini. Bab permit kerja Badan Berkanun pun belum boleh cerita lagi sebab tak tanya detail lagi dekat Mr Hubby. So... nanti kita sambung lagi yer.. See ya!