Thursday 28 June 2012

Cuti-cuti Borneo Edisi Sabah

Wah siap ada edisi tuh..! Heheheee kot la ada edisi Sarawak pulak lepas ni *wink*

Minggu lepas kami bercuti ke Sabah. Dah lama tak bercuti. Last time was Melaka in February this year (eh baru perasan tak update cuti Melaka tu kat sini). Daku memang tak lama tak jejak kaki ke negeri bawah bayu ni. Kali terakhir errmmmm........ around 7 - 8 years ago kot..

Remember my post on the Firefly issue? Ini lah dia trip nya. Pejam celik pejam celik dah sampai masa dah... =)

Ok lah.. Let's move on to our holiday trip to Sabah. Flight pagi Sabtu tu pukul 7.30 pagi. Hohohooo nak tak nak kena la bangun awal sebab nak kena sampai KLIA before 6.30 kan. The night before we slept at PJ (Ma & Abah pun ikut sekali) so senang terus ke KLIA 1 kereta aje.. We decided to park our car at KLIA for RM 129 / 3 days. Bukan apa, senang sikit tak payah susah-susahkan orang nak hantar di pagi dinihari tu, tak payah jugak nak susah-susahkan orang nak ambil di hari bekerja. =) Long-term parking rates at KLIA is minimum 3 days @ RM 129. 4th day onwards RM 15 per day. Block A only ya.

Malas nak citer panjang jom kita tengok gambar je lah ye..! =)

Gambar-gambar hari pertama :


Waiting for Uncle Bakar & Auntie Sinah to fetch us for dinner at their house  @ Putatan.

Hari kedua a.k.a. hari berjalan-jalan :
Our first stop : Rumah Terbalik @ Tamparuli





Apa yang menariknya Rumah Terbalik ni? Actually nothing much. Hanya sekadar sebuah rumah yang dibuat secara terbalik & atur susun perabot dalam rumah yang diterbalikkan. Only that for RM10 per person. For me tak berapa nak berbaloi lah. *sigh*

Our next destination is Kinabalu Park @ Kundasang. Lebih berbaloi. Only RM3 per person. Jauh lebih murah, jauh lebih berbaloi. ^_^ Kalau nak ke sini kena bertolak awal-awal pagi dari Kota Kinabalu. Perjalanan sebenarnya tak jauh sangat, kalau jalan clear dalam sejam setengah ke dua jam je. Tapi jalan 2 hala, hanya 1 lane sehala. Bayangkan kalau ada lori berat terkedek-kedek kat depan, dengan jalan bersimpang-siur berbukit-bukau, tak boleh nak potong sebab 'double line', boleh jadi 3 jam jugak baru nak sampai. Kalau sampai dah nak dekat tengahari, memang hampa lah nak tengok puncak Kinabalu sebab kabus dah penuh...

Gunung Kinabalu dah tak berapa nak nampak sebab berkabus

Singgah makan @Nabalu sebelum bergerak balik ke KK
On the way balik, singgah juga di Desa Cattle. Sempat beli 3 kotak susu segar (betul ke segar?)

Malam tu pegi makan kat pasar makan yang sebelah Pasar Philippine tu. Gamble je pilih gerai. Ikut je Abah pilih ikan kat gerai mana nampak paling segar. Ikan siakap seekor masak 3 rasa, sotong seekor (besar punya!) goreng tepung, kangkung goreng, tomyam campur untuk 4 orang. Alhamdulillah masakan dia boleh la tahan sedap jugak (mungkin dipengaruhi faktor2 lapar hehee...) habis licin kami kerjakan lauk pauk tu. Masih terbayang sotong goreng tepung tu... *gulp*

Uncle Bakar & Auntie Sinah ke KKIA untuk hantar kami ^_^
Dah sampai!


Monday 11 June 2012

Selamat Hari Lahir, Suamiku...



11 Jun 2012 - 11 Jun 1982 = 30 tahun sudah!!   ^_^ 
Hari ini genap usia suamiku 30 tahun. Which means mine 30th years will be coming in 6 days! Yeehaa..! Hehehee... Hmmm sudah 3 dekad bernafas di dunia ini. Syukur, Ya Allah atas segala kurniaanMu dalam hidup kami... 
Sempena angka 30 ni, Mr Hubby dah belikan gifts untuk kami berdua. A Cerruti 1881 watch for each of us. Ntah kenapa tiba2 dia minat Cerruti pulak. Padahal sebelum ni plan nak beli Tissot (just like our current watches). Tup-tup tengah riki-riki kat kedai jatuh hati dengan Cerruti pulak. Hmmm... Tak feminine lah jam ku lepas ni huhuu... Tapi dah Mr Hubby dah suka yang tu (dan memang dia pun yang nak belanja beli), ikut je la...  ^_^
Thank you, my dear...! Happy birthday..! May happiness be yours, forever...

Monday 4 June 2012

EL

EL = Emergency Leave

Wujud ke EL ni sebenarnya...? Wujud tak wujud, pada pendapat daku EL ni hanya perlu bila betul2 ada kecemasan yang memerlukan kita cuti. Macam anak/suami/makbapak sakit, ada kematian, kereta ada masalah betul2 tak boleh bergerak, etc... Tapi daku tengok keadaan sekeliling ni, diorang ni kadang2 macam suka2 je nak EL. Especially when it comes to Mondays. Asal Isnin je EL, asal EL je Isnin. Kalau betul2 ada hal kecemasan, nak buat macamana kan, tapi kalau memang asyik EL pada hari Isnin, sendiri mau fikir la....

Macam hari ni, daku pun hampir-hampir nak EL hari ni sebab Hani tiba2 naik demam... Pagi tadi dah mentally prepared nak EL dah (sebab dalam hati tak berapa nak EL sebab annual leave dah tinggal sikit...), tapi nasib baik Papa Hani willing nak EL (eheh... bukan senang dia sukarela nak EL). Ok lah, jimat cuti I. Cuti dia banyak lagi takpe hehee... Tapi kalau esok Hani still demam lagi giliran daku la pulak kena cuti huhuhuuu...

Ntah macamana nak Hani ni tiba2 boleh naik panas ni... Bukan ada berjemur pun, cuma kena panas sikit sekejap je antara kereta dengan nak masuk rumah Wan (Ampang) semalam. Lain, gi kedai semua berbumbung takde kena terik matahari pun... Hani, Hani........................