Friday 21 June 2013

4 minggu lagi...



Dup.. Dap.. Dup.. Dap...

Tinggal 4 minggu je lagi, insyaAllah, nak jumpa adik Hani :) 19th July will be the day, as I chose for elective c-section. Ingat nak pilih 23 Julai jer, biar tarikh selepas birthday kakaknya, tapi Dr Fairuz kata lambat sangat pulak sebab dah masuk 39 minggu masa tu... Takpe lah, 2 hari awal, adik jadi birthday present untuk Kakak Sarah ;)

Last check-up alhamdulillah adik dah naik berat jadi 2.1kg. Last 3 weeks he's only 1.2kg. Risau jugak takut baby nanti tak cukup berat masa lahir kang tak pasal-pasal kena duduk lama dalam inkubator.. Cumanya adik ni agak selesa berada di atas, tak pusing-pusing pun ke bawah. Scan last 3 weeks pun melintang, scan baru ni pun still melintang lagi. Dr Fairuz kata, "Baby ni tau ni mama dia nak c-sect, sebab tu dia tak pusing ke bawah, senang nak operate nanti". Hmm.. Maybe jugak.. Pandai anak mama ni :)

Tuesday 11 June 2013

Happy birthday, Mr Hubby ♥♥♥


Hasil tangan anak daraku sorang :) Patutnya Hani kena bagi Papa hari ni, tapi sebab ada benda yang buat dia merajuk, terpaksa pujuk dia suruh bagi terus kat Papa... So ter'advance' lah sikit Papa dapat kad birthday tahun ni yer...

Happy birthday, my love. Mama, Kakak Sarah, & Adik ♥ u till Jannah forever & ever...