Tuesday, 3 January 2012

Hani ke Taska

Hani dah mula ke Taska Cendekiawan P9 pada 28hb Disember hari tu. Hmm... Sebelum mula nak hantar ke taska dah berkali-kali ingatkan dia pasal tu... Dengan harapan dia akan ok nak pergi taska tuh.

1st day - Hantar Hani pukul 7 lebih dekat2 pukul 8. Mula2 ok jer, tengok2 baby kat bilik lain, tengok2 mainan. Tup tup bila nak pisah nangis pulak. Lama pulak tu. Hmm daku ok jer nak tinggalkan dia. Tapi Papa dia la pulak nak tunggu dia diam dulu baru nak gerak dari situ. (Hish padahal kalau kat rumah dia buat donno je pun kalau Hani nangis2). Dekat 2 jam jugak la dia nangis huhuhuuuu, dah penat baru nak diam.. Tu pun teresak-esak lagi. Redha jer. Akhirnya kitorang gerak dari taska tu dalam pukul 9++. Tawakkal.

2nd day - Hani ok jer dia bila nak masuk dalam taska tu. Takde lah macam budak lain beria-ia taknak masuk kan.. Tapi.......... still nangis lagi bila nak kena tinggal. Haiiii lah anak Mama nih..... Tu lah, selama ni duduk kat rumah je dengan bibik kan, tak pernah kena tinggal... Tu yang manja mengada tu. Walau apa pun, daku & Hubby tetap tinggalkan aje dia yang tengah nangis2 tu. Kena la ajar kena tinggal kan, kalau tak sampai bila pun dia tak nak kena tinggal kat taska tu...

3rd day - Hani dah ok..! Dah tak nangis2 dah :) Senang je nak salam & babai Mama. Fuhh lega hati Mama................ Hani good girl...!!

1 comment:

  1. budak2 memang macam tu, so sebagai ibu bapa kita kena tabah n cekalkan hati tinggal anak tu.....
    masz masa memula antar anak ke taska ari tu pon sekali nangis (nangis kontrol) ngan anak... lagi sadis..... muahaha

    ReplyDelete