Friday, 13 January 2012

Hani tak sihat...

Minggu ni sehari jer hantar Hani kat taska. Selasa tu memang ingat nak bagi dia 'cuti' sebab Papanya outstation (Hubby taknak daku duduk sorang2 kat rumah) so awal pagi tu Papa dia dah hantar dia ke rumah Nenek kat PJ. Sekali dia punya selsema + batuk bertambah teruk plak... Terus Nenek kata tak payah hantar taska minggu ni.. Haiii seronok la anak Mama ni tak payah gi taska seminggu. Dapat bibik plak tu. Bukan main suka lagi dapat jumpa bibik dia tu... Minggu last ni, Ahad lusa ni bibik tu dah nak balik dah... Macamana la nanti bibik dah takde... Hmm....

Sebut pasal bibik, nak luah rasa geram gak ni. Hari tu ada la ibu mertuaku tanya pasal nak ambik maid baru kan, sebab ada sorang ustaz kat ofis Mama tu nak ambik. Ambik sendiri kat Indon, bawak masuk Malaysia ni urus sendiri semua. Beria ustaz tu kata nak masuk 31 Disember. Bila tanya Ma, Ma setuju la pulak nak ambik jugak... (Daku mengharapkan Ma tak setuju sebab... bleh percaya ke..? Tak kenal pun ustaz tu..?) Nak taknak kena la bayar la RM1500 kat ustaz tu untuk urusan kat Indon. Pastu kata nak mintak duit tambang, tapi dah dekat 31hb tak mintak2 pun. Bila tanya Mama, Mama pun boleh lupa pasal maid tu.. Then bila tanya2, kata ada masalah pulak kat imigresen Indon, mungkin mid of January baru lepas. Ni dah mid of January dah ni, tanya2 lagi, kata bulan Februari la pulak... Haishhh... Ni yang bikin gua naik angin ni... Asyik postpone je... Mau bulan Februari tahun depan baru dapat kot?? Ish ikut hati nak cancel je, pulangkan balik duitku RM1500 tu. Biar Ma cari kat orang lain. Kawan Ma, MakTeh tu dah dapat dah, cepat je dapat. Biar Ma ambik kat situ je. Walaupun mahal sikit, tapi hati tak sakit.

Baru tadi bibik sms. Hani demam la pulak... Ish... Mau kena cuti Mama minggu depan ni kalau Hani demam lagi... Huhuhuuu... Cepat la baik sayang....

1 comment:

  1. pasal bibik indon ne ..saya dha penah tkena.. kengkonon org tue kata dia akn bawak masuk tapi sampai kesudah..nak dpaat duit balik punyalah payah sbb sebanarnya org tue dah guna duit kita utk kegunaan dia..sampai skrg saya takde maid..

    ReplyDelete