Wednesday, 18 January 2012

Hani semakin manja...

Sejak masuk taska ni macam-macam pulak perangai si puteri Hani ni... Semakin manja mengada-ngada... Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nak jerit-jerit... Aduuuuuuyai..! Kadang-kadang sampai hilang sabar dibuatnya. Ni belum nak ada adik lagi ni... Sok nak ada adik kang lagi la macam-macam buat perangai... Hmmm.... *sigh*

Satu lagi masalah, Hani ni susahnyaaaaa la nak makan. Lagi-lagi kalau nasi. Kalau ada lauk, dia nak lauk je. Tu pun kalau dia nak. Kadang-kadang taknak langsung! Selama ni makan dengan bibik senang je habis, ntah apa la bibik tu 'jampi' nak soh dia makan. Sejak bibik dah takde ni, memang susah sungguh nak bagi dia makan. Buat mi (selalu dia suka mi / bihun) pun taknak makan. Ishh... Harap-harapnya kat taska dia dah makan banyak la... Bleh cover yang tak makan kat rumah ni huhuuu....

2 comments:

  1. tu maknanya hani dah basar la mama.... hehe

    kalu anak masz, dia makan nasi putih jerk, lauk x nak.. kalu me pon dia makan me jerk, letak la pebende apa pon, dia kuis2 ke tepi...

    ReplyDelete
  2. masz, ok la tu... at least dia dapat la karbohidrat kan.. ni hani ni, setakat makan lauk dapat protein je la... hmmm...

    ReplyDelete