Tuesday 8 November 2011

Sila jangan layan kalau dapat call dari 016 - 227 5916

Pagi-pagi dah bikin orang naik angin...! Kurang ajar @ biadab betul! Nama je pompuan, mulut lancang betul. Woi, kalo nak cari customer cakap baik2 boleh tak..?? Mulut tak jaga macam mana la nak dapat customer. Bengong!

Nak recall my conversation with her :

016 - 227 5916 : Kami dalam proses penghantaran discount card kepada pemegang Visa atau Mastercard. Boleh kami tahu cik pemegang Mastercard dari Bank Rakyat sahaja atau ada lagi bank lain?

Me : Bank Rakyat.

016 - 227 5916 : Kami nak tahu tarikh luput kad cik. Boleh cik tolong semakkan untuk kami?

Me : Dah expired dah. (Malas nak layan dowh benda-benda macam ni. Cakap je la dah expired abis citer.)

016 - 227 5916 : (Tak dengar kot) Boleh cik tolong semakkan tarikh luput Mastercard cik?

Me : Dah expired dah. Jadi tak perlu lah discount card tu.

016 - 227 5916 : Kurang ajarnya.

Me : Saya cakap elok-elok tadi awak tak dengar. Saya ulang balik awak cakap kurang ajar. Kalau nak cari customer jangan cakap kurang ajar la.

016 - 227 5916 : (Terus letak phone)

Amacam apa perasaan korang kalo dapat call macam tu? Ada rasa nak lempang budak tu tak? Tak cukup dengan tu dia siap sms lagi "Bapak dah haji tapi anak kurang ajar". Wow! Macam ni ke nak cari customer? Biadab betul! Anak sapa la tu, buat malu mak bapak je. Dah la dengar suara macam budak Melayu. Hish. Buat malu betul. Malunya ada lagi rakyat Malaysia macam ni.

Lepas tu I terus search google pakai no tu. Terjumpa la satu entry pasal no ni. Boleh juga rujuk sini untuk kes-kes yang berkaitan.

Moral of the story, korang jangan le layan call-call macam ni. Jangan le murah hati sangat bagi details yang diorang mintak. Senang citer, cakap je tak pakai kad kredit. Habis citer ;)

No comments:

Post a Comment