Wednesday, 16 November 2011

Tak jadi...

Apa yang tak jadi...? Hmm... Ada dua..

Satu, bibik tak jadi sambung permit tahun depan. Dia nak balik terus. So she will only be here until 15th of January next year. Katanya mak dia tak berapa nak bagi sambung. Hmm... Ma pun kata takpe la, sebab dia pun bukan orang susah sangat yang desperate nak kumpul duit kat Malaysia ni. Daripada kita paksa dia sambung tapi dia takde hati pun nak kerja sini, nanti kang ntah hapa yang jadi kat umah kita tu kang. Masalahnya, kesian kat Ma la takde pembantu nak kemas-basuh-sapu-cuci rumah PJ tu. Dah la tahun ni Ma bagi pinjam dia kat Putrajaya (hehehee daku la tuh!). Plan asal biar dia full-time kat PJ tahun depan sebab Hani dah nak ke Taska, tup-tup dia tak jadi nak sambung pulak. Rosak plan I. Huhuhuuu.... Ni nak riki-riki nak ambik maid baru untuk Ma pulak ni...



Kedua, ingat my entry nak gi Umrah 2012 hari tu...? Nampaknya plan yang tu pun tak menjadi la sebab dah takde bibik. Ye la, nak tinggalkan Hani dengan siapa pulak kan. Takkan nak tinggal kat Nenek @ Wan without helper..? Hmmm takde rezeki lagi nak pijak tanah haram nampaknya... :( Tapi hubbyku macam nak pegi jugak. Pegi sorang dulu. Maybe ikut Tok & Acu kot...

No comments:

Post a Comment