Friday 2 December 2011

Firefly... oh MAS...


Last 3 months daku & Mr Hubby telah men'survey' tiket Firefly KL - KK. Bayangkan kalau 3 orang pergi - balik just around RM 500 ++ jer. Ko tak nak ke? Dengan pantasnya kitorang booking flight tang tang tu jugak. The trip is scheduled in June 2012.

Bla bla bla pejam celik pejam celik tetiba keluar berita pasal penukaran saham antara MAS dengan Air Asia. Tak kisah lah tu, korang nak tukar saham ke, nak buat apa ke, lantak korang lah kan, ada aku kisah..? Kisah tak kisah, tetiba satu hari ni around hari raya kot kalau tak silap, masuk berita la pulak kecoh flight Firefly ke area Sabah / Sarawak cancel tiba-tiba. Kecoh la jugak isu tu kan. Ye lah, orang dah beli tiket ratus-ribu, tetiba cancel last minute, korang x bengang ke...?

Diri ni tetiba rasa macam ada kaitan je isu tu dengan flight kitorang yang dah tempah ke KK tu. Try la check balik dalam website Firefly flight ke KK untuk tarikh tu kan, lagipun memang nak tambah seat pun untuk Ma & Abah. Sekali flight tu dah tak ada...! Musykil nih! 2-3 hari check pun macam tu jugak.

Last-last daku email ke customer service Firefly tu tanya pasal flight schedule ke KK for June 2012 kan, masih bersangka baik lagi.. Sebab tengok flight route dari KLIA ke area Sabah / Sarawak memang tak ada untuk 2012 kan, so I thought might be website technical problem kot. Sebab yang dari Subang ada je... So email la tanya pasal tu. Tapi jawapan dia tak ada website tu ok je, tapi.... Boleh tak dia jawab flight rate untuk second half 2012 tak open for sale lagi?? Habis tu yang kitorang dah beli tu hapa...??? Lagipun Jun bukannya second half, first half kot...?

Ok second email pulak. Tanya lagi pasal tu. Sebab dah beli tiket kan, apa kejadah nya dia kata tak bukak untuk jualan lagi? Jawapan dia korang tau apa? "We regret to inform you that the flights for the dates and routes that you have specified are not available at present. Please accept our apologies for any inconvenience caused." (Ni daku paste balik dari email asal tau. Tak edit langsung.) Ni yang buat hangin ni. Boleh pulak tiba-tiba kata flights not available???

Email lagi sekali. Dah tak cover-cover dah marah kat Firefly nih. Siap dalam email tu mention pasal benda alah MAS - Air Asia. Siap ugut nak buat aduan kat PM tuh. Akhirnya diorang mengaku jugak flights banyak yang suspended (takleh jual) oleh kerana realignment MAS - Air Asia tu. Wooo... Lambatnya nak mengaku..!

Ok tu cerita bulan 9 hari tu.. Cool down dulu... Last week bukak balik website Firefly. Memang dia dah maklum kat situ flights ke Sabah / Sarawak dah diambil alih oleh MAS dan diorang sedang dalam proses untuk menghubungi penumpang yang dah beli tiket ke sana untuk penggantian dengan flight MAS. Ok Alhamdulillah, selesai satu perkara dah jelas.

Dengan tenang hatinya daku email semula kepada customer service Firefly nak tanya replacement flight kitorang. Malangnya............ jawapan diorang ni asyik la menyakitkan hati tau...! Boleh diorang kata sebab flight kitorang tu bulan 6, so tunggu la dulu dekat due nanti diorang contact la. Kau gila?? Nak gi KK kot, bukannya balik kampung! Benda yang dah plan lama kena amend kot kalau flight tukar! Dah mention dah dalam email tu nak tau replacement flight awal sebab nak adjust plan trip kat sana. Tak faham-faham!

Geram punya pasal akhirnya Mr Hubby forwardkan email tu ke Kementerian Pengangkutan (MOT) & YB Datuk Bung Mokhtar Radin (Mesti dia ambil berat hal-hal berkaitan pelancongan Sabah ni kan? hehehe... Gertak sikit si Firefly tuh!). Then MOT reply terus ke Firefly suruh jawab & resolve isu ni. Akhirnya si Firefly tu email balik kat kitorang bagitau someone from Frefly akan hubungi untuk selesaikan isu ni. Esoknya dah ada orang call daku bagitau diorang akan booking flight MAS untuk tarikh & waktu yang hampir sama dengan flight asal. Wah! Boleh pun buat cepat!

Pagi tadi Mr Hubby dah dapat email kami punya replacement flight itinerary daripada MAS. Kan boleh buat cepat? Kenapa nak kena ketuk dulu?

<Alhamdulillah akhirnya selesai semuanya... Moga perjalanan ini berjalan lancar...>

No comments:

Post a Comment