Tuesday 6 December 2011

Rumah Peranginan Persekutuan... Not bad at all...


Last two weeks Mr Hubby's office buat gathering ala-ala family day kat PD. Diorang awal-awal lagi dah tempah unit-unit apartment Permaisuri Resort, which they are actually units of Rumah Peranginan Persekutuan. Dalam erti kata lain, unit-unit tu adalah di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM, dan dikhususkan untuk disewa oleh penjawat awam macam daku & Mr Hubby. Untung jugak jadi penjawat awam ni, kadar sewanya pun murah tau..!

Dulu daku agak prejudis dengan Rumah Persekutuan ni. Almaklumla, bangunan kerajaan kan... Duk fikir mesti diorang tak jaga sangat, pastu ada pulak dengar citer-citer mistik yang x best... Hish..! Memang tak pernah terfikir nak cari Rumah Persekutuan pun kalau bercuti kat mana-mana. Tapi bila dengar Rumah Persekutuan PD ni adalah unit-unit di Permaisuri Resort, hmmm macam menarik jugak bunyinya... Memang selalu kalau ke PD kami tidur di Ilham (PNB punya) atas kapasiti my F-I-L, so memang lalu la depan Permaisuri tu. Ok la nampak lebih kurang macam Ilham la jugak dari luar. So, dalamnya pun ok la kot (harapan dalam hati)... Tapi memang OK!

Yang kami dapat kali ni ialah apartment 1 bilik (ye la, kalau setakat berdua dengan 1 kanak-kanak takkan nak bagi apartment 3 bilik pulak kan). Walaupun jenis apartment 1 bilik, tapi ruangnya sangat marvellous. Meh tengok gambar nih...

pintu masuk

ruang tamu

ruang dapur

Antara ruang tamu dengan ruang dapur ni actually luas sangat.. Kalau datang ramai kan, boleh je ketepikan sofa tu ke dinding, hampar la toto ke apa ke kat tengah-tengah alam tu...  ;) Cuma dapur dia kurang kelengkapan la... Just ada kettle je, should be better if microwave oven pun disediakan...

Ruang kat bilik tidur pun luas sangat sama luas dengan living hall. Just ada queen sized bed je, so ruang sebelah katil tu pun boleh digunakan untuk menambah ruang tidur (a.k.a toto). Bilik air pun ok, memuaskan la :)

aikk my princess Hani enterframe plak kat tingkap tu :)
ruang antara katil dengan bilik air

Bilik yang daku dapat ni betul-betul mengadap swimming pool & laut. So memang takleh nak elak memang la kena bawak Hani gi mandi kolam kat bawah. Kalau weekend kena turun awal la, lewat-lewat penuh umat dalam kolam tu macam takde ruang dah ko nak nyelit. Kalau rasa bosan dengan swimming pool, jalan je sikit ke belakang tu gi mandi laut pulak ;)


No comments:

Post a Comment