Thursday, 23 June 2011

Wednesday Ditch & Farm Resort

Dah lama nak entry pasal resort nih, tapi tak sempat-sempat nak buat... Ni lah ada masa sket nak story...

28 - 29 Mei hari tu kan kitorang gi Pontian for my cousin's wedding kan.. Cari punya cari Abah dapat la tempat untuk bermalam kat Wednesday Ditch & Farm Resort ni. Nice jugak la kat sini. Tinggal dalam ladang. Ada kuda, burung unta, tempat untuk camping pun ada. It's not really 'chalet-type', it's like hotel room, ada 2 jenis bilik, ada yg kecik sikit macam standard deluxe hotel room, ada yg besar sikit ala-ala suite gitu. Hmm tapi lupa lak nak amik gambar yg bilik kecik tu...
Ni lah entrance resort ladang nya...
Alamak bersepah pulak! Ada macam family hall (luas jugak) oppposite katil ni so kalau datang ramai-ramai boleh la bentang toto kat situ...

Hani pun seronok je duduk sini. Sebelah bilik ada buaian, nak main buai je keje dia. Nak-nak pulak dengan Kak Hanis dia tu. Memang taknak duk dalam bilik. Nak gi jalan naik kereta pun taknak sampai nangis-nangis nih...! Punya la suka duduk sini... (Tapi nak suruh naik kuda takut pulak...! Hahahaaa...)
Hani sampai-sampai je terus terjah buai ni


Hanis steady je naik kuda
Turn Hazim pulak
Hani nangis takut kuda heheheee....

Resort ni pun ada sediakan makan jugak kalau rasa-rasa malas nak cari makan kat luar. Pagi Ahad tu kitorang breakfast beramai-ramai kat kafe ladang nih. Not bad la, ada nasi lemak, mi bandung, nasi goreng, mi goreng, (standard la tu kan) kita order je nak apa diorang masak la kat situ. Sedap jugak :)
 

No comments:

Post a Comment