Friday, 24 June 2011

Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional.

sumber #

No comments:

Post a Comment