Tuesday 14 June 2011

Kenapa Kena ada Insurans / Takaful?

Sahabat Sekalian....
Demi Masa…
Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
(Hadis riwayat Al-bukhari)
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati
Tanya lah pada diri anda sendiri..
  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda “tiada”?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?
  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 500k – 1.5 juta

No comments:

Post a Comment