Monday 4 June 2012

EL

EL = Emergency Leave

Wujud ke EL ni sebenarnya...? Wujud tak wujud, pada pendapat daku EL ni hanya perlu bila betul2 ada kecemasan yang memerlukan kita cuti. Macam anak/suami/makbapak sakit, ada kematian, kereta ada masalah betul2 tak boleh bergerak, etc... Tapi daku tengok keadaan sekeliling ni, diorang ni kadang2 macam suka2 je nak EL. Especially when it comes to Mondays. Asal Isnin je EL, asal EL je Isnin. Kalau betul2 ada hal kecemasan, nak buat macamana kan, tapi kalau memang asyik EL pada hari Isnin, sendiri mau fikir la....

Macam hari ni, daku pun hampir-hampir nak EL hari ni sebab Hani tiba2 naik demam... Pagi tadi dah mentally prepared nak EL dah (sebab dalam hati tak berapa nak EL sebab annual leave dah tinggal sikit...), tapi nasib baik Papa Hani willing nak EL (eheh... bukan senang dia sukarela nak EL). Ok lah, jimat cuti I. Cuti dia banyak lagi takpe hehee... Tapi kalau esok Hani still demam lagi giliran daku la pulak kena cuti huhuhuuu...

Ntah macamana nak Hani ni tiba2 boleh naik panas ni... Bukan ada berjemur pun, cuma kena panas sikit sekejap je antara kereta dengan nak masuk rumah Wan (Ampang) semalam. Lain, gi kedai semua berbumbung takde kena terik matahari pun... Hani, Hani........................


No comments:

Post a Comment