Thursday, 28 June 2012

Cuti-cuti Borneo Edisi Sabah

Wah siap ada edisi tuh..! Heheheee kot la ada edisi Sarawak pulak lepas ni *wink*

Minggu lepas kami bercuti ke Sabah. Dah lama tak bercuti. Last time was Melaka in February this year (eh baru perasan tak update cuti Melaka tu kat sini). Daku memang tak lama tak jejak kaki ke negeri bawah bayu ni. Kali terakhir errmmmm........ around 7 - 8 years ago kot..

Remember my post on the Firefly issue? Ini lah dia trip nya. Pejam celik pejam celik dah sampai masa dah... =)

Ok lah.. Let's move on to our holiday trip to Sabah. Flight pagi Sabtu tu pukul 7.30 pagi. Hohohooo nak tak nak kena la bangun awal sebab nak kena sampai KLIA before 6.30 kan. The night before we slept at PJ (Ma & Abah pun ikut sekali) so senang terus ke KLIA 1 kereta aje.. We decided to park our car at KLIA for RM 129 / 3 days. Bukan apa, senang sikit tak payah susah-susahkan orang nak hantar di pagi dinihari tu, tak payah jugak nak susah-susahkan orang nak ambil di hari bekerja. =) Long-term parking rates at KLIA is minimum 3 days @ RM 129. 4th day onwards RM 15 per day. Block A only ya.

Malas nak citer panjang jom kita tengok gambar je lah ye..! =)

Gambar-gambar hari pertama :


Waiting for Uncle Bakar & Auntie Sinah to fetch us for dinner at their house  @ Putatan.

Hari kedua a.k.a. hari berjalan-jalan :
Our first stop : Rumah Terbalik @ Tamparuli





Apa yang menariknya Rumah Terbalik ni? Actually nothing much. Hanya sekadar sebuah rumah yang dibuat secara terbalik & atur susun perabot dalam rumah yang diterbalikkan. Only that for RM10 per person. For me tak berapa nak berbaloi lah. *sigh*

Our next destination is Kinabalu Park @ Kundasang. Lebih berbaloi. Only RM3 per person. Jauh lebih murah, jauh lebih berbaloi. ^_^ Kalau nak ke sini kena bertolak awal-awal pagi dari Kota Kinabalu. Perjalanan sebenarnya tak jauh sangat, kalau jalan clear dalam sejam setengah ke dua jam je. Tapi jalan 2 hala, hanya 1 lane sehala. Bayangkan kalau ada lori berat terkedek-kedek kat depan, dengan jalan bersimpang-siur berbukit-bukau, tak boleh nak potong sebab 'double line', boleh jadi 3 jam jugak baru nak sampai. Kalau sampai dah nak dekat tengahari, memang hampa lah nak tengok puncak Kinabalu sebab kabus dah penuh...

Gunung Kinabalu dah tak berapa nak nampak sebab berkabus

Singgah makan @Nabalu sebelum bergerak balik ke KK
On the way balik, singgah juga di Desa Cattle. Sempat beli 3 kotak susu segar (betul ke segar?)

Malam tu pegi makan kat pasar makan yang sebelah Pasar Philippine tu. Gamble je pilih gerai. Ikut je Abah pilih ikan kat gerai mana nampak paling segar. Ikan siakap seekor masak 3 rasa, sotong seekor (besar punya!) goreng tepung, kangkung goreng, tomyam campur untuk 4 orang. Alhamdulillah masakan dia boleh la tahan sedap jugak (mungkin dipengaruhi faktor2 lapar hehee...) habis licin kami kerjakan lauk pauk tu. Masih terbayang sotong goreng tepung tu... *gulp*

Uncle Bakar & Auntie Sinah ke KKIA untuk hantar kami ^_^
Dah sampai!


1 comment:

  1. hai. dah follow blog ni. follow i balik tau... tq..

    ReplyDelete