Tuesday 13 December 2011

SUHU PENGHAWA DINGIN TIDAK RENDAH DARI 24 DARJAH CELCIUS

Ketua-Ketua Setiusaha,
Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri

Keputusan telah dibuat supaya suhu di bangunan-bangunan Kerajaan hendaklah tidak rendah dari 24 darjah celcius.

2. Sementara menunggu Pekeliling yang di draf oleh KETHHA untuk saya tandatangani, kerjasama KSU/KP dan SUK Negeri adalah dipohon untuk melaksanakan keputusan ini. Ia dilaksanakan dengan meletakkan 'thermostat' penghawa dingin ke aras yang berkenaan, iaitu tidak kurang dari 24 darjah celcius.

3. Sekiranya ini memerlukan apa-apa perubahan dari segi teknikal yang wajar untuk melaksanakannya ianya hendaklah dibuat.

SEKIRANYA TIADA PEKELILING LAIN DIKELUARKAN, INILAH PEKELILING MENGENAI PELAKSANAAN KEPUTUSAN KERAJAAN TERSEBUT.

Terima kasih.

(SIDEK HASSAN)
Tan Sri Ketua Setiausaha Negara
Tarikh: 19 Ogos 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi sejak semalam suhu kat ofis daku mencecah serendah 20 darjah celcius. Sejuk tu...! Sampaikan jari-jemari sume jadi kebas. Kalo macam ni macam mana la nak buat kerja.... Tak sesuai.... Kata bangunan kerajaan, tapi apsal tak ikut arahan kerajaan "suhu di bangunan-bangunan Kerajaan hendaklah tidak rendah dari 24 darjah celcius"....???

2 comments:

  1. harap2 pihak yang berkaitan baca blog ni.....
    kat opis kami kadang2 mencecah suhu 15 darjah celsius... huhu

    ReplyDelete
  2. Hmm... Masalahnya pekeliling sebenar takde pulak pasal ni nak dijadikan rujukan...

    ReplyDelete