Tuesday 2 August 2011

Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik, dah sampai ke bulan yang paling dinanti-nanti atas keberkatannya -----> Ramadhan Al-Mubarak. BEST!

Ramadhan pertama di rumah baru (hik hik...) Dulu kena balik awal sebab nak elak jalan jem nak balik PJ - sekarang kena balik awal sebab nak masak (masak ke...? hahahaa...)

Ahad baru ni Ma panggil whole family lunch kat PJ. Sambil-sambil buat solat hajat untuk Hisyam & Hazim yang nak ambik UPSR tahun ni. Gulai nasi berlauk, udang goreng celup tepung, ikan bawal masam manis, ayam goreng, best best. Siap bawak balik untuk sahur hehehee....

Yang tak best nya menjelang Ramadhan baru-baru ni rumah mak mertuaku dah dipecah masuk. Jumaat malam Sabtu. Memang malam tu rumah kosong. Mama & Papa balik kampung, Syafeeq plak memang kerja malam. Sungguh bengong mereka itu (tak rasa berdosa ke makan duit haram????). Habis berselerak barang-barang dalam rumah tu. Laptop, kamera DSLR, barang kemas Mama, sume diorang ambik. Kesian Mama. Tak pasal-pasal kena balik awal dari kampung. Dengan barang hilangnya, dengan rumah bersepahnya... Hmm... :(

Ok lah kita citer pasal benda yang best balik. Sahabatku Kak Yati telah selamat melahirkan baby boy pada tengah malam tadi. Via c-section sebab dia placenta previa. Dah 4-5 minggu masuk wad for doctor's observation. Alhamdulillah sekarang semuanya dah selamat :) Dah dapat sepasang girl & boy. (Kalau daku sendiri sudah tentu stop production hehehee...)

No comments:

Post a Comment