Thursday, 28 July 2011

Hani oh Hani..

Hari ni Hani demam la pulak... Actually since semalam. Tapi bibik bertuah tu x reti2 pulak nak call bagitau Hani demam. Bengang betul.... Bukan takde telefon pun kat rumah. Ishhh..! Balik keje la baru dapat tau Hani demam huhuhuuu...

Malam tadi naik pulak panas dia. Dah la termometer tinggal kat umah nenek dia tak dapat nak check suhu. Terjaga dari tidur pukul 2 pagi susah pulak nak ajak dia tidur balik. Entah pukul berapa baru tidur balik...

Pagi ni pun panas lagi. Tu yang mama terpaksa EL hari ni. Hmm... Bagi makan ubat, kebah la demam dia. Tapi dah hilang kesan ubat tu karang, naik la panas dia balik... :( Ni badan dah sejuk ni, hopefully tak naik panas balik dah lepas ni...


Jangan macam ni lagi ye Hani sayang...

No comments:

Post a Comment