Tuesday, 26 July 2011

Berpindah ke tempat baru

Ni bukan pindah rumah lagi okay... Ni pindah ofis pulak.. Akhirnya setelah sekian lama duk dengar ura-ura nak pindah (rasanya since aku masuk 3 tahun dulu dah dengar kata nak renovate & pindah) selamat jugak kitorang berpindah ke tingkat 3... Dengan dokumen kontrak semua bagai... Dengan baucar berkotak-kotak... Mujur la staf (female staff ye uolsss!) semua bagi kerjasama. Yang lelaki tak bleh harap! (Exceptional to En Z, Shafiq, & Abg Lan) Yang lain ntah ke mana! Kalau memang tak datang tu boleh la jugak dimaafkan, tapi ada sorang ni datang pagi elok je duduk kat tempat dia tapi boleh lesap lari ntah ke mana bila disuruh sama-sama membantu...! Geram betul..!!! Eeeiiii aku rasa nak sepak terajang bagi penampar je kat dia! Menghilang satu hari tiba-tiba boleh pulak punch-out pukul 9 malam..! MEMANG HAMPEH!

No comments:

Post a Comment